SHAH ALAM - Semakan audit mendapati wujudnya kelemahan perancangan keperluan jentera dan pemantauan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengakibatkan pembaziran wang kerajaan berjumlah RM870,000. Menurut Laporan Ketua... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Semakan audit mendapati wujudnya kelemahan perancangan keperluan jentera dan pemantauan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengakibatkan pembaziran wang kerajaan berjumlah RM870,000.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, sebanyak lapan unit jentera ladang dan mekanisasi pertanian padi yang diterima antara 12 Januari hingga 25 Mei 2022 berjumlah RM700,000 yang masih belum digunakan telah rosak.

Laporan itu turut menyatakan dua unit jentera ladang bernilai RM168,000 yang diterima Kompleks Beras (KB) Bukit Kenak, Terengganu, antara Disember 2021 dan Januari 2022 berada dalam keadaan rosak.

Justeru, lawatan fizikal Jabatan Audit telah dilaksanakan di KB Bukit Kenak pada 24 Mei 2022, KB Rompin (Pahang) dan KB Changkat Lada (Perak) pada 15 Jun 2022 serta KB Sri Tiram Jaya (Selangor) pada 16 Jun 2022.

"Semakan audit mendapati kementerian itu tidak menetapkan program penyenggaraan jentera oleh syarikat konsesi untuk memastikan jentera sedia untuk digunakan,” menurut LKAN berkenaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Lapan jentera terbabit adalah Laser Land Leveller model Novak Soft 25 bernilai RM426,000 (empat unit); Transplanter RM134,000 (dua unit); Wheel Tractor RM125,000 (satu unit) dan Rotavator RM13,000 (satu unit).

Traktor antara jentera yang tidak dapat digunakan dan mendatangkan kerugian kepada kerajaan.

Selain itu dua jentera lain adalah sebuah dron bernilai RM43,000 dan traktor (RM125,000) yang masing-masing diterima pada 1 Disember 2021 dan 11 Januari 2022.

Semakan audit turut mendapati, kelemahan perancangan kementerian itu turut menyebabkan jentera yang dibekalkan oleh syarikat konsesi tidak dapat dimanfaatkan selain yang rosak tidak dibaiki mengakibatkan pembaziran kepada pesawah.

"Selain itu, tiada bukti kajian keperluan perolehan dibuat bagi memastikan kesesuaian penggunaan jentera.

"Perkara ini mengakibatkan jentera tidak dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2021 sebagaimana yang ditetapkan dalam terma perjanjian konsesi,” menurut laporan itu.

Klik di sini untuk terus membaca