TERKEDU Awang mendengar ucapan Ahli Parlimen Kapar bahawa ada kemungkinan sajian Menu Rahmah boleh bawa penyakit. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Dr Halimah Ali kata "jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang... Klik di sini untuk terus membaca

TERKEDU Awang mendengar ucapan Ahli Parlimen Kapar bahawa ada kemungkinan sajian Menu Rahmah boleh bawa penyakit.

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Dr Halimah Ali kata "jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang berkualiti rendah”.

Kata beliau "hal ini boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, penyakit autoimun, autisme dan sebagainya”. Awang petik bulat-bulat ucapan itu takut tersalah baca dan lapor.

Mungkin Dr Halimah tak tahu betapa berterima kasihnya rakyat marhaen B40 dengan langkah kerajaan mewujudkan Menu Rahmah.

Mungkin ada orang kayangan dan ahli Parlimen pandang rendah apa yang mereka mampu makan. Memanglah menu ‘murah’ begitu tak bermakna apapun bagi sesetengah pihak.

Tapi bagi marhaen B40, itu satu cara meringankan beban mereka. Maklumlah banyak rakyat kita dalam kesusahan. Keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya. Masa pandemik dulu banyak yang hilang kerja. Ada rakyat yang makan sehari sekali.

Awang tak tahulah betapa ‘tak selamatnya’ hidangan Menu Rahmah.

Awang yakin taklah seburuk yang digambarkan oleh ahli Parlimen itu. Awang merayu, buat masa ini bantulah rakyat kalau terdaya.

Tak mampu ringgit berilah semangat. Jikalau tidak mahu puji pun, janganlah buat kenyataan yang menyedihkan marhaen B40.

Klik di sini untuk terus membaca