SELAIN isu kos sara hidup semakin meningkat, salah satu keperluan yang kurang mendapat perhatian ialah berkaitan perlindungan takaful atau insurans kepada golongan belia. Berdasarkan data Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), lebih 50... Klik di sini untuk terus membaca

SELAIN isu kos sara hidup semakin meningkat, salah satu keperluan yang kurang mendapat perhatian ialah berkaitan perlindungan takaful atau insurans kepada golongan belia.

Berdasarkan data Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), lebih 50 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, sekali gus terdedah risiko sekiranya berlaku kemalangan.

Harga polisi yang dikatakan terlalu mahal menjadi punca golongan muda tidak mampu untuk membelinya.

Justeru terdapat cadangan agar kerajaan menyediakan skim insurans khas kepada belia sebagai salah satu usaha kerajaan mensejahterakan golongan berkenaan.

Ikuti laporan wartawan NAZRIN ZULKAFLI, ROSKHOIRAH YAHYA dan NOR SYAMIRA LIANA NOR ASHAHA mengupas kewajaran cadangan tersebut.

SHAH ALAM - Kerajaan disaran menyediakan perlindungan takaful atau insurans mampu milik serendah RM50 kepada golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun khususnya yang kurang berkemampuan.

Langkah itu perlu kerana ramai anak muda ketika ini tidak memiliki insurans, sekali gus terdedah risiko sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri yang banyak untuk perubatan atau hilang upaya kekal dan tidak mampu bekerja.

Ahli Parlimen Belia Kelantan, Ahmad Farhan Rosli berkata, perkara tersebut juga perlu dimasukkan ke dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan pada Jumaat ini.

"Kecederaan atau kemalangan semakin banyak berlaku sekarang melibatkan anak muda yang menunggang motosikal. Kebanyakan mereka tidak memiliki perlindungan insurans. Jadi, saya nampak kewajaran sekiranya kerajaan menyediakan inisiatif tersebut khusus untuk golongan muda.

"Sekiranya ada perlindungan yang khusus untuk golongan muda, ia mendatangkan kebaikan bukan sahaja sekarang, tetapi masa akan datang,” katanya kepada Sinar Premium.

Ahmad Farhan berkata, perlindungan insurans mampu milik itu perlu dilaksanakan segera memandangkan ramai belia terlibat dalam kerjaya p-hailing sebagai sumber pendapatan sama ada tetap atau sampingan.

"Ekonomi sekarang tidak stabil menyebabkan ramai melakukan kerja sampingan terutama dalam sektor ekonomi gig yang tidak ada perlindungan jelas,” ujarnya.

Beliau mencadangkan agar insurans atau takaful tersebut ditawarkan dengan harga serendah RM50 kerana mustahil untuk diberi secara percuma.

Menurutnya, dengan harga mesra rakyat, secara tidak langsung menarik minat ramai anak muda untuk membelinya.

Ahli Parlimen Belia Sarawak, Muhammad Zhariff turut bersependapat dengan cadangan tersebut kerana golongan muda menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Malah, beliau turut mencadangkan pembayaran insurans bagi pelajar dimasukkan dalam yuran tahunan universiti.

"Sekiranya kerajaan tidak mampu memberi sumbangan yang banyak, cukuplah ada sebahagian peruntukan dana kepada mereka untuk memulakan kehidupan baharu selepas kemalangan,” jelasnya.

Sementara itu, Pemangku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, kerajaan boleh menjalin kerjasama bersama syarikat takaful atau insurans untuk memberikan perlindungan mampu milik kepada belia.

"Ada rakyat di Malaysia merasakan insurans tidak penting. Oleh kerana itu, kerajaan harus mengambil pendekatan terbaik demi memelihara golongan ini,” ujarnya.

Tambah Fahami Ashrof, melalui kemudahan tersebut, ia memberi peluang kepada golongan muda memilih sama ada mahu menerima rawatan di hospital kerajaan atau swasta.

CADANGAN BAIK, NAMUN PERLU LIHAT KEUPAYAAN KERAJAAN

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan bersetuju dengan cadangan supaya mewujudkan satu skim perlindungan takaful atau insurans mampu milik yang dikhususkan kepada golongan belia.

Bagaimanapun beliau berkata, langkah tersebut perlu diteliti terlebih dahulu dengan melihat kepada kos yang akan ditanggung kerajaan nanti.

Mohd Sany
Mohd Sany
Mohd Sany
Mohd Sany
Mohd Sany

"Soal berkaitan insurans ini merupakan satu perkara sangat penting. Saya bersetuju sangat untuk Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat melaksanakan satu skim insurans khususnya kepada golongan muda.

"Namun, saya rasa kerajaan perlu kaji terlebih dahulu. Hutang negara yang banyak merupakan halangan dan kekangan untuk memberikan insurans,” katanya.

Mohd Sany berkata, kerajaan juga boleh menjadikan Skim Insurans Am Selangor yang dilaksanakan sebagai contoh memandangkan ia merupakan satu inisiatif yang baik kepada rakyat.

"Saya rasa apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor ini mungkin boleh diterjemahkan oleh Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Pada saya tiada masalah sama ada kerajaan negeri tiru Persekutuan.

"Yang penting pada saya ialah nasib rakyat terbela. Rakyat kita dibantu,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca