SHAH ALAM - Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat baharu dilantik, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyambut baik keputusan kerajaan bersetuju cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak mewariskan kewarganegaraan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat baharu dilantik, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyambut baik keputusan kerajaan bersetuju cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan hak mewariskan kewarganegaraan anak-anak dilahirkan di luar negara daripada wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Ujar bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu, cadangan yang bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen pastinya akan mempermudahkan kerja beliau dan duta-duta lain di seluruh negara sekiranya diluluskan dengan menerima sokongan dua pertiga ahli Parlimen.

Tegasnya, isu kewarganegaraan anak-anak lahir luar negara ini merupakan antara isu penting yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia kepada mana-mana kedutaan negara ini di luar negara atas dasar tuntutan hak asasi manusia.

"Saya mengalu-alukan dan memberi sokongan kuat di atas keputusan Jemaah Menteri malam tadi (Jumaat). Ini satu perkara tepat dan betul.

"Sepatutnya tidak boleh wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, mana-mana peruntukan yang jelas mendiskriminasikan hak asasi kaum lelaki dan wanita di Malaysia," ujarnya kepada Sinar Premium.

Manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga menjanjikan pindaan perlembagaan yang akan memberi bapa dan ibu hak untuk memberikan kerakyatan kepada anak-anak mereka.

Klik di sini untuk terus membaca