AWANG terasa pelik juga apa tujuan penganjur Himpunan Pemuda Pas Terengganu (Himpit 2023) bawa replika senjata macam pedang, lembing dan perisai.
Nampak bersungguh-sungguh mereka menunjukkan perarakan yang melambangkan pahlawan zaman silam.
Mungkin ada yang anggap hal itu lucu tapi tak kurang juga yang anggap serius.
Pada tahun 2023, masih ada lagi pemuda yang nak tunjuk lagak macam pahlawan zaman dulu.
Mungkin mereka anggap itu satu cara menunjukkan kekuatan atau kehebatan.
Ada yang kata macam budak-budak main senjata. Tapi yang berarak itu nampaknya semua sudah melepasi zaman kanak-kanak.
Banyak pihak berpendapat perarakan itu menghantar mesej yang salah kepada orang ramai dan boleh timbulkan kegelisahan.
Patut sangatlah pihak polis ambil perhatian serius hal itu. Khabarnya Polis Terengganu tidak dimaklumkan Pemuda Pas nak bawa replika senjata.
Kata Ketua Polis Terengganu, pihak polis akan siasat bagi mengenal pasti kesalahan yang dilakukan pada program itu.
Klik di sini untuk terus membaca