MEMANG sedap kita cakap pasal nak gempur koloni pendatang asing tanpa izin (PATI) di Lembah Klang.
Kita tunjuk gambar gerakan besar-besaran sebagai bukti pihak berkuasa kita bekerja keras hapuskan banyak lubuk PATI.
Sebahagian besar daripada mereka memang PATI. Awang yakin ramai juga yang tinggal di tempat-tempat itu ialah pekerja sah tapi tidak ada tempat tinggal.
Dah tak mudah cari rumah kediaman untuk disewa apa lagi dibeli di Lembah Klang.
Awang harap kita ambil kira aspek kemanusiaan juga. Kita boleh musnahkan koloni mereka, tapi ke mana mereka nak ditempatkan?
Ramai di antara mereka yang berkeluarga dan punya anak-anak kecil. Mereka datang untuk cari sesuap nasi, nak cari rezeki yang halal.
Awang dapat faham mengapa koloni ini wujud. Ia tidak wujud dalam sehari dua.
Takkanlah ketua-ketua kawasan terlibat tidak tahu kehadiran mereka. Sudah tentulah pihak berkuasa tempatan juga tahu wujudnya mereka.
Awang percaya mereka ada cable yang membolehkan mereka bertapak begitu lama.
Pihak kerajaan harus tangani isu ini dengan baik. Tindakan memang wajar diambil terhadap koloni haram.
Tapi siasat juga dalang di belakang wujudnya koloni ini. Mereka ini bebas lepas dan terus jadi dalang untuk bina koloni lain.
Yang jadi mangsa, pendatang yang sangat berharap untuk berteduh dan mencari sesuap nasi.
Klik di sini untuk terus membaca