KUALA LUMPUR - Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menyokong dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan inisiatif insurans mampu milik atau insurans Rahmah untuk golongan belia. Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menyokong dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjayakan inisiatif insurans mampu milik atau insurans Rahmah untuk golongan belia.

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed berkata, usaha yang disarankan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub itu disifatkan baik kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan tersebut.

Ujarnya, ia juga sekali gus membuka peluang kepada belia untuk memiliki insurans sendiri memandangkan sebelum ini terdapat segelintir mereka menggelakkan untuk mengambil perlindungan kerana beranggapan mahal termasuk kekangan daripada komitmen.

"Sudah tentu kita menyokong. Industri takaful menyambut baik usaha kerajaan untuk memperluaskan inisiatif Rahmah kepada sektor takaful. Kami bersedia untuk bekerjasama demi memastikan Takaful Rahmah dapat direalisasikan sebagai satu nilai dalam menyokong usaha ke arah kesejahteraan rakyat. Ini berdasarkan pengalaman pihak industri dalam menguruskan inisiatif perlindungan Tenang dan MySalam sebelum ini.

"Jumlah sumbangan atau caruman sebanyak RM50 hingga RM75 ini dilihat sebagai satu jumlah realistik di mana perlindungan ini memberi manfaat yang bermakna kepada penerima. Pihak industri masih mengkaji ciri-ciri produk yang bersesuaian dengan keperluan segmen sasaran.

"Bagaimanapun kita hargai usaha kerajaan kepada belia serta individu yang layak khususnya pendapatan rendah ini. Jika boleh kita berhasrat kerajaan juga dapat melihat M40 yang terjejas daripada pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemu bual di pejabat MTA di Menara Takaful Malaysia di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pertimbangan kerajaan khususnya Menteri KPDN untuk melaksanakan perlindungan Rahmah dengan memperluaskan inisiatif itu kepada sektor perbankan dan insurans.

Bagaimanapun, tambah Mohd Radzuan, kerajaan diharapkan dapat mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan pihak MTA.

"Kami juga cadangkan untuk memastikan penerima Takaful Rahmah mengetahui sepenuhnya tentang pelan takaful yang telah mereka sertai, kerajaan tidak beri subsidi sepenuhnya tetapi perlu disumbangkan sedikit oleh penerima. Ini adalah untuk memberikan rasa nilai perlindungan yang mereka sertai.

"Jadi, daripada pengalaman kami, perlindungan diberi secara percuma ini tanpa penyertaan atau sumbangan daripada peserta berkemungkinan besar tidak dihargai.

"Ini perkara yang asasnya kita nak ubah dan kalau boleh kita nak kerajaan dapat memberikan subsidi daripada jumlah (insurans Rahmah) itu manakala penerima mungkin akan mengeluarkan sedikit untuk mereka sedar mengenai insurans yang diambil,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca