SHAH ALAM - Malaysia dibebani kemerosotan dalam pentadbiran akibat daripada kegagalan pemimpin negara membendung amalan rasuah.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kegagalan itu menyebabkan negara rugi berbilion ringgit... Klik di sini untuk terus membaca
SHAH ALAM - Malaysia dibebani kemerosotan dalam pentadbiran akibat daripada kegagalan pemimpin negara membendung amalan rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kegagalan itu menyebabkan negara rugi berbilion ringgit saban tahun.

"Amalan rasuah secara sistematik ini telah mencalar imej negara kesannya indeks persepsi rasuah 2022 merudum.

"Proses kutipan duti import lemah, RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng tahun lalu, ini contoh keterlanjuran penyelewengan," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Pembentangan Belanjawan 2023 merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahaskan kerana Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Klik di sini untuk terus membaca