SHAH ALAM- Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu kerajaan akan memperkenalkan Cukai... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah.

"Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Dalam pada itu Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

"Walaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang, hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih 2 bilion ringgit.

"Alangkah baik sekiranya ia dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan penggunaan vape.

Kerajaan menyokong ikhtiar Generational Endgame (GEG) dan bersetuju bahawa separuh daripada hasil duti eksais ini akan 13 diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Pembentangan Belanjawan 2023 yang menelan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu RM388.1 bilion merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM 99bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahaskan kerana Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Klik di sini untuk terus membaca