KUALA LUMPUR - Rakyat yang diisytihar muflis serta golongan banduan layak untuk mendapatkan peluang kedua apabila kerajaan bakal melaksanakan agenda bantuan bersesuaian kepada dua kelompok itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA LUMPUR - Rakyat yang diisytihar muflis serta golongan banduan layak untuk mendapatkan peluang kedua apabila kerajaan bakal melaksanakan agenda bantuan bersesuaian kepada dua kelompok itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa singkat.

Setakat Januari tahun ini, beliau menegaskan lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak-anak kita yang majoritinya kaum Melayu dan mempunyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara.

"Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

"Kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaannya.

"Golongan banduan juga wajar mendapat peluang kedua. Bagi kepentingan dan asimilasi semula ke dalam masyarakat, banduan akan terus diberi latihan secukupnya melalui program Skill for Inmate.

ANWAR

"Majikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan dan pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan layak mendapat potongan cukai tambahan. Program Agro Penjara untuk banduan terlibat dalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara seluas 70 hektar akan terus diperkasa dengan peruntukan RM10 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Pembentangan Belanjawan 2023 yang menelan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu RM388.1 bilion merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM 99 bilion bagi belanja pembangunan termasuk RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahaskan kerana Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Klik di sini untuk terus membaca