SHAH ALAM- Gesaan pasukan Rasuah Busters supaya pentadbiran Kerajaan Perpaduan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dilihat diberi perhatian pada Belanjawan 2023. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu diberi... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Gesaan pasukan Rasuah Busters supaya pentadbiran Kerajaan Perpaduan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dilihat diberi perhatian pada Belanjawan 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu diberi perhatian bagi melindungi pemberi maklumat supaya agenda membanteras rasuah dan salah laku benar-benar menuaikan hasil.

"Selama ini ada orang berasa curiga, takut dan menerima tekanan, apabila ingin memberikan maklumat.

"Kerajaan bercadang untuk meminda dan membentangkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat pada tahun ini,"katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Terdahulu, pasukan Rasuah Busters menerusi Pengasas Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel mendesak supaya pentadbiran Anwar menyegerakan pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi menjamin keselamatan dan imuniti pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat dengan bertanggungjawab demi mengawal selia risiko ketirisan.

Pembentangan Belanjawan 2023 yang menelan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu RM388.1 bilion merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM 99bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahaskan kerana Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Klik di sini untuk terus membaca