SHAH ALAM- Projek tebatan banjir akan dilaksanakan secara tender demi menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menegaskan perkara itu, Anwar berkata negara dijangka... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Projek tebatan banjir akan dilaksanakan secara tender demi menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menegaskan perkara itu, Anwar berkata negara dijangka mampu jimat RM2 bilion daripada jumlah RM15 bilion peruntukan tebatan banjir yang disediakan sebelum ini.

"Lantaran dari itu, pelaksanaan perolehan mesti dibuat secara tender.

"Tahun ini enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewatnya bulan Jun antaranya melibatkan: Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor; Pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor; dan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok.

Fasa 3, Kelantan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Pembentangan Belanjawan 2023 yang menelan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu RM388.1 bilion merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM289.1 bilion untuk belanja mengurus dan RM 99 bilion bagi belanja pembangunan termasuk RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah yang berjumlah RM372.3 bilion.

Bagaimanapun ia tidak sempat untuk dibahaskan kerana Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Klik di sini untuk terus membaca