SHAH ALAM- Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bakal membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM- Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bakal membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah padi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan ini tentunya dapat membantu meringankan beban keperluan hidup para pesawah.

"Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian Bernas untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin,"katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kerajaan juga akan meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan

peruntukan RM1.6 bilion.

Katanya, sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau 57 semusim melibatkan 240 ribu pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Sementara itu, bagi meningkatkan pendapatan minimum penoreh getah, kerajaan bersetuju untuk menaikkan Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah daripada RM 2.50 kepada RM 2.70 sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.

"Melalui kenaikan ini, saya menggesa Lembaga Getah Malaysia (LGM) memudah cara kaedah tuntutan terutamanya melibatkan pekebun kecil yang terpaksa keluar berpuluh kilometer hanya untuk mendapatkan insentif tersebut.

"Ini tidak boleh lagi menjadi amalan kerana menyusahkan rakyat. Saya mahu LGM lebih responsif turun padang menguruskan tuntutan pekebun kecil dan mula bertindak proaktif dalam soal penyaluran tuntutan," katanya.

Pembentangan Belanjawan 2023 yang menelan peruntukan terbesar dalam sejarah iaitu RM388.1 bilion merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Klik di sini untuk terus membaca