DENGAN pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hassan dua hari lalu, dunia ilmu kehilangan seorang tokoh besar. Beliau seorang pemikir dan sarjana yang hebat. Buku beliau yang paling banyak diperkatakan adalah karya terakhir berjudul... Klik di sini untuk terus membaca

DENGAN pemergian Profesor Emeritus Tan Sri Mohd Kamal Hassan dua hari lalu, dunia ilmu kehilangan seorang tokoh besar.

Beliau seorang pemikir dan sarjana yang hebat. Buku beliau yang paling banyak diperkatakan adalah karya terakhir berjudul Korupsi dan Kemunafikan Dalam Politik Melayu: Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika.

Allahyarham menulis bahawa buku itu adalah ‘wasiat’ beliau untuk para pemimpin Melayu Islam masa ini dan masa depan.

Beliau mengharapkan buku itu akan jadi pedoman bagi generasi muda.

Sesuai dengan tajuknya, beliau huraikan dengan panjang lebar keadaan dunia politik Melayu Islam hari ini.

Beliau berasa malu dengan keadaan korupsi politik dan kemunafikan dalam tingkah laku dan budaya politik Melayu.

Beliau kesal dengan keruntuhan moral-etika yang ‘berada pada tahap yang parah’.

Allahyarham juga kesal dengan perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam disebabkan kepentingan diri serta parti.

Awang bukanlah pandai sangat nak komen buku yang penting ini. Tapi Awang percaya buku itu patut dibaca oleh semua orang Melayu, khususnya pimpinan politik, korporat dan NGO.

Patut sangat semua pelajar di universiti menjadikan buku itu bacaan wajib. Awang percaya Allahyarham membuat teguran yang pedas dan tajam itu dengan niat jujur.

Moga-moga ada manfaatnya untuk bangsa dan negara.

Klik di sini untuk terus membaca