SEMALAM, Tuk Seri Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan bentangkan bajet di Parlimen.
Bajet tahun 2023 sebetulnya sudah dibentang semasa kerajaan Tuk Seri Ismail Sabri.
Tapi pembentangan semula ini tentunya dengan beberapa perubahan utama.
Tak pedulilah Awang apa namanya bajet kali ini. Tentulah Bajet Madani sesuai dengan slogan baharu PM baharu.
Apa yang penting tumpuan besar pada kepentingan rakyat terbanyak. Bajet yang tekankan pada pemulihan ekonomi.
Pada pendapat Awang, semua bajet bagus. Semua bajet patut dipuji dan ditepuk.
Tapi bagi Awang yang tak pandai sangat hal ekonomi ini, yang penting bukan nama, slogan atau label. Tapi hasilnya.
Rakyat letak harapan tinggi pada Tuk Seri PM dan kerajaannya. Lagipun 100 hari pemerintahan Kerajaan Perpaduan sudah hampir.
Oleh sebab itu, rakyat nak tengok mood daripada bajet semalam. Apa agaknya reaksi rakyat dan juga pemain industri.
Awang mahu pelaksanaan bajet ini dipantau sebaiknya. Tak usahlah cakap beri berbilion sana, beratus juta sini, rakyat tak faham perincian dan angka yang besar itu.
Rakyat nak tengok kesannya pada mereka.
Soalan rakyat adalah apa strategi nak kurangkan kos hidup, nak rancakkan ekonomi supaya ada peluang kerja dan nak selesaikan isu harga ayam, minyak masak dan telur.
Klik di sini untuk terus membaca