SHAH ALAM - Kaji selidik berhubung tinjauan rakyat telah menyenaraikan 10 menteri paling rakyat berpuas hati sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan. Kaji selidik yang dijalankan selama... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kaji selidik berhubung tinjauan rakyat telah menyenaraikan 10 menteri paling rakyat berpuas hati sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Kaji selidik yang dijalankan selama 10 hari bermula pada 6 Februari itu berjaya mengumpulkan sebanyak 35,077 respons daripada pembaca di pelayar agensi media dan berita dari seluruh negara.

Anwar yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menduduki tangga kedua pilihan rakyat dengan kadar penarafan sebanyak 40 peratus diikuti Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (39 peratus); Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (34 peratus) serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (33 peratus).

Pendekatan lembut namun tegas Fadhlina dalam usaha menyelesaikan masalah pendidikan negara menambat hati rakyat.

Lima lagi menteri ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil mendapat kadar penarafan sebanyak 30 peratus; diikuti dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu (28 peratus); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (27 peratus) manakala Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek masing-masing mendapat skor sebanyak 26 peratus.

Peratusan yang direkodkan daripada kaji selidik tersebut adalah berdasarkan skor empat iaitu berpuas hati dan lima (sangat berpuas hati).

Azalina menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat pujian ramai.
Azalina menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat pujian ramai.
Azalina menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang mendapat pujian ramai.

Kaji selidik yang dijalankan dengan kerjasama antara firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana, Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban itu bertujuan meninjau sentimen rakyat berhubung prestasi dan populariti pentadbiran kerajaan perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Klik di sini untuk terus membaca