AWANG sebenarnya teruja juga dengan dapatan kaji selidik lima media arus perdana tentang prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Tuk Seri Anwar.
Kaji selidik yang membabitkan lima media arus perdana itu membabitkan 35,077 responden. Bukanlah Awang pandai sangat nak analisis kaji selidik ini.
Nampaknya masih ada 'masalah' dari segi persepsi rakyat terhadap kerajaan ini. Lebih-lebih lagi dalam kalangan orang Melayu di Semenanjung.
Hasil kajian 100 hari itu mendapati bahawa orang Melayu pada keseluruhannya masih 'belum yakin' dengan kemampuan dan hala tuju kerajaan ini.
Apabila ditanya apakah keadaan ekonomi bertambah baik atau buruk, 53 peratus orang Melayu di Semenanjung menganggap keadaan semakin buruk.
Hanya 22 peratus yang mengatakan keadaan semakin baik. Sedangkan orang bukan Melayu mempunyai pandangan yang lebih positif.
Awang yakin hal ini disebabkan oleh kurang berjayanya (Awang tak mahu gunakan perkataan 'gagal' buat masa ini) kerajaan menyelesaikan masalah pokok membabitkan rakyat.
Macam soal kenaikan harga barang keperluan utama serta masalah pekerjaan selain masalah ketiadaan telur di pasaran terbuka.
Pada pendapat Awang, hal yang dikatakan dalam bahasa Inggeris bread and butter inilah rakyat utamakan masa ini.
Klik di sini untuk terus membaca