AWANG tak peduli sangat siapa yang diletakkan sebagai menteri 'top' dari segi prestasi 100 hari. Nampaknya Tuk Seri Anwar sendiri pun berada pada nombor dua dari segi berjaya puaskan hati rakyat. Tempat pertama ialah Menteri... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG tak peduli sangat siapa yang diletakkan sebagai menteri 'top' dari segi prestasi 100 hari.

Nampaknya Tuk Seri Anwar sendiri pun berada pada nombor dua dari segi berjaya puaskan hati rakyat.

Tempat pertama ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Kita kena ingat bahawa kaji selidik prestasi menteri ini dibuat ke atas puluhan ribu orang daripada semua bangsa di seluruh Malaysia.

Awang juga nak ingatkan berdasarkan kedudukan top five, tiga adalah menteri DAP, seorang daripada PKR dan seorang daripada UMNO.

Ada yang berasa hairan bagaimana Tuk Seri Mohd Sabu, Tuk Seri Salahuddin Ayub dan Fadhlina Sidek ada dalam senarai itu.

Dalam kaji selidik sebelum ini Mat Sabu dan kementeriannya diletakkan corot. Masalah telur dan kenaikan harga barang di tangan Mat Sabu dan Salahuddin.

Isu pendidikan banyak yang tak beres lagi. Memang kaji selidik ini tak mutlak sebenarnya. Tapi patut sangatlah semua menteri buka mata.

Ada puluhan menteri lain yang tak ada dalam 10 teratas. Mereka kenalah tanya mengapa.

Memang rakyat tak sabar nak tengok prestasi kerajaan dan menteri. Masa dalam pembangkang dulu orang-orang inilah yang bukan main hebat kecam kerajaan masa itu.

Sekarang mereka kena buktikan mereka boleh buat kerja. Jangan buat janji di pentas ceramah sahaja.

Klik di sini untuk terus membaca