TERTARIK sangat Awang baca kenyataan Tuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) nak sertai Perikatan Nasional (PN). Alasannya, demi perpaduan Melayu dan bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu. Sudah... Klik di sini untuk terus membaca

TERTARIK sangat Awang baca kenyataan Tuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) nak sertai Perikatan Nasional (PN).

Alasannya, demi perpaduan Melayu dan bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu. Sudah tentulah keputusan itu telah difikirkan masak-masak.

Agaknya Pejuang rasa nyawa parti itu lebih lama bertahan sekiranya bergabung dengan PN.

Bagus sangat kalau kita belajar sejarah macam mana orang Melayu berpecah.

Hari ini entah berapa banyak parti orang Melayu. Cuba kita fikirkan dari mana datangnya Pas? Ia adalah serpihan UMNO. Daripada mana datangnya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bersatu dan kemudian Pejuang?

Siapa punca perpecahan dalam UMNO hingga lahirnya PKR, Bersatu dan Pejuang?

Bukanlah Awang nak bangkitkan cerita lama tapi jikalau ikut sejarah memang angkara seseorang.

Peliknya Pejuang pun tak mahu terlibat dengan seseorang itu lagi.

Pada pendapat Awang cerita pasal perpaduan Melayu ini tak ada sudahnya oleh sebab orang Melayu sendiri nampaknya nak berpecah.

Parti Melayu jadi lebih banyak oleh sebab kepentingan pemimpin di atas.

Orang Cina mungkin ada dua tiga parti, tapi apabila musim pilihan raya, mereka pilih satu. Orang Melayu?

Klik di sini untuk terus membaca