SUATU ketika dahulu Malaysia pernah diiktiraf sebagai salah sebuah negara bertaraf ekonomi maju dan pesat membangun di rantau Asia, sebaris dengan Taiwan, Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong, sehingga digelar sebagai ‘Harimau Asia’.... Klik di sini untuk terus membaca

SUATU ketika dahulu Malaysia pernah diiktiraf sebagai salah sebuah negara bertaraf ekonomi maju dan pesat membangun di rantau Asia, sebaris dengan Taiwan, Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong, sehingga digelar sebagai ‘Harimau Asia’.

Kali pertama Malaysia melalui tahap lonjakan pertumbuhan ekonomi kukuh adalah pada era di antara tahun 1988 hingga 1997, di mana pada zaman kegemilangan itu pelaburan asing membanjiri Malaysia seumpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Era yang penuh dengan keyakinan dan optimisme itu membolehkan Malaysia berdiri tegak sebagai wira negara-negara membangun serta dikenali dunia sebagai pelabur global.

Bagaimanapun, gelaran Harimau Asia atau Asian Tiger itu kini hanya tinggal gelaran.

Selepas peristiwa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Malaysia kini dilihat semakin ketinggalan jauh dari aspek menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara berbanding Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina mahu pun Indonesia.

Sewaktu pandemik Covid-19, kita dikejutkan dengan berita gergasi-gergasi teknologi global memilih Indonesia sebagai destinasi pelaburan mereka seperti Tesla Inc, Google yang bergandingan dengan syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Temasek serta Amazon sendiri.

Secara jelas, polisi menjadikan ‘Abang Besar’ ASEAN sebagai negara mesra pelabur asing yang dianjurkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi nampaknya mula membuahkan hasil, sekali gus menyebabkan Malaysia terus ketinggalan dari segi perolehan pelaburan langsung asing (FDI).

Namun kini, Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan kejayaan negara meraih pelaburan bernilai RM25.5 bilion dalam tempoh 15 tahun daripada syarikat perkhidmatan awan antarabangsa, Amazon Web Services atau Amazon untuk membina wilayah infrastruktur baharunya di Malaysia.

Pada 1 Mac lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula mendedahkan kekuatan sektor elektrik dan elektronik (E&E) di negara ini telah menarik Tesla untuk melabur di Malaysia.

Tengku Zafrul (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan AWS Malaysia Cloud Day di ibu negara baru- baru ini. - Foto Bernama
Tengku Zafrul (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan AWS Malaysia Cloud Day di ibu negara baru- baru ini. - Foto Bernama
Tengku Zafrul (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan AWS Malaysia Cloud Day di ibu negara baru- baru ini. - Foto Bernama
Tengku Zafrul (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan AWS Malaysia Cloud Day di ibu negara baru- baru ini. - Foto Bernama
Tengku Zafrul (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan AWS Malaysia Cloud Day di ibu negara baru- baru ini. - Foto Bernama
Tengku Zafrul (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan AWS Malaysia Cloud Day di ibu negara baru- baru ini. - Foto Bernama
Tengku Zafrul (empat dari kanan) ketika menghadiri persidangan AWS Malaysia Cloud Day di ibu negara baru- baru ini. - Foto Bernama

Dengan dua berita penting untuk FDI dan pertumbuhan ekonomi negara itu memberi isyarat positif kepada ekonomi domestik, cukupkah impak pelaburan mega berkenaan menjadi pemangkin bagi mengembalikan status Malaysia sebagai ‘Harimau Asia’?

SUNTIKAN KEYAKINAN

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Firdaos Rosli berkata, berita pelaburan dua syarikat gergasi dunia ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan keyakinan iklim pelaburan di Malaysia, terutamanya dalam menarik kehadiran syarikat-syarikat besar lain.

Bagaimanapun, beliau berpandangan tumpuan mengenai iklim pelaburan di negara ini perlu dilihat secara holistik dan tidak sekadar memihak kepada industri-industri bernilai tinggi semata- mata.

Firdaos

"Bagi saya, faktor utama membolehkan Malaysia kembali menjadi kuasa ekonomi rantau Asia adalah dengan kerajaan meneliti semula aktiviti-aktiviti pelaburan melibatkan penekanan tarif, insentif bukan tarif, fasiliti perdagangan dan pelaburan supaya menjadi lebih kompetitif berbanding negara ASEAN dan Asia lain.

"Banyak negara jiran memberikan insentif pelaburan sama dengan Malaysia seperti tawaran pelepasan cukai pelaburan dan status syarikat pemula (pioneer status) kepada pelabur-pelabur asing.

"Malaysia hakikatnya kena rombak balik mana-mana tawaran insentif pelaburan yang sudah tidak relevan dan digantikan dengan polisi-polisi lebih menggiurkan bagi memudahkan aktiviti mempromosi pelaburan masuk ke negara kita,” katanya kepada Sinar Premium.

Pandangan Firdaos itu turut disokong Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Carmelo Ferlito.

Beliau melihat kehadiran dua syarikat gergasi dunia untuk melabur di Malaysia mungkin disebabkan faktor wujudnya perkembangan baik dalam aspek penawaran polisi oleh kerajaan baharu bagi menjamin pelaburan mereka.

Carmelo Ferlito
Carmelo Ferlito
Carmelo Ferlito
Carmelo Ferlito

Carmelo turut mengunjurkan usaha menarik lebih banyak pelabur berskala kecil mampu menjadi pemangkin pembentukan semula tulang belakang industri perkilangan negara lebih stabil, sekali gus mengembalikan status Malaysia sebagai salah sebuah kuasa ekonomi rantau Asia.

"Paling penting, kerajaan perlu memberi isyarat jelas kepada pelabur asing bahawa mereka tidak perlu campur tangan dalam mencatur ekonomi negara seperti tindakan pelaksanaan kawalan harga barang.

"Kedua, kerajaan juga harus benar-benar merasionalisasikan pemberian skim insentif pelaburan di pasaran terbuka yang kini majoritinya dikawal oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan,” tambah Carmelo.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong menyifatkan perkembangan terkini penglibatan pelaburan dua syarikat gergasi dunia berkenaan merupakan satu titik peralihan menjadikan Malaysia kembali menjadi kuasa ekonomi rantau Asia disegani.

Katanya, inilah peluang Malaysia mencipta lonjakan kedua selepas era pertumbuhan ekonomi pesat tahun 1990an, untuk meninggalkan model ekonomi gaji rendah dengan tenaga buruh tidak mahir kepada menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ekonomi dinamik.

"Satu dekad daripada sekarang, kita yakin generasi pada masa itu tahu bahawa taraf hidup serta kualiti kehidupan yang mereka mula nikmati ketika itu, adalah hasil usaha keras kerajaan sedia ada.

"Demi mencapai matlamat ini, usaha itu perlu dimulakan sekarang,” ujar beliau.

INFO

SYARIKAT TESLA INC

- Tesla merupakan pelopor pengeluar model kenderaan elektrik (EV) di dunia.

- Ditubuhkan tahun 2003 sebagai syarikat pengeluar kenderaan elektrik, panel solar dan bateri kenderaan.

- Diasaskan oleh Martin Eberhard dan Marc Tarpenning dan syarikat ini mendapat namanya sempena nama pencipta legenda iaitu Nikola Tesla.

- Elon Musk pula merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan mengetuai semua reka produk, kejuruteraan dan pembuatan global kenderaan elektrik syarikat, produk bateri dan produk tenaga solar.

- Pada tahun 2020, sejumlah 499,550 unit kenderaan Tesla berjaya dijual. Permintaan terhadap kereta ini meningkat hampir dua kali ganda pada tahun 2021.

- Pada tahun 2022, sebanyak 936,172 unit kenderaan Tesla yang berjaya terjual.

SYARIKAT AMAZON

- Sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat yang menumpukan pada e-dagang, pengkomputeran awan, penstriman digital dan kecerdasan buatan.

- Jeff Bezos mengasaskan Amazon dari garajnya di Bellevue, Washington pada 5 Julai 1994.

- Terletak di Seattle, Amerika Syarikat, syarikat itu diketuai Andy Jassy sebagai ketua pegawai eksekutif.

- Nilai keuntungan yang diperoleh AS$514 bilion pada tahun 2022.

- Jumlah pekerja seramai 1,541,000 orang pada tahun 2022.

Klik di sini untuk terus membaca