SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum boleh tersenyum meskipun Mahkamah Tinggi pada Jumaat membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum boleh tersenyum meskipun Mahkamah Tinggi pada Jumaat membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, beberapa kes lain sedang menanti Najib dan keputusan pada Jumaat itu juga tidak akan memberi kesan kepada perbicaraan kes-kes beliau yang lain.

"Apabila Najib dibebaskan dan dilepaskan maka keputusan ini tidak mempunyai kaitan dengan kes-kes tertunggak lain terhadap Najib seperti pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan juga berkaitan kes penyelewengan dana 1MDB,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB
Mohamed Haniff Khatri - FOTO SINAR HARIAN / ROSLI TALIB

Mahkamah Tinggi pada Jumaat membebaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy daripada pertuduhan mengubah laporan akhir audit 1MDB bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie dalam kes berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, secara amnya rakyat perlu yakin dan matang untuk memahami bahawa mahkamah membuat keputusan mana-mana kes berpandukan kepada keterangan yang didasari fakta dan berlandaskan kejujuran undang-undang.

"Mahkamah tidak mengambil kira faktor emosi atau latar belakang seseorang sama ada beliau pemimpin politik, artis atau pun orang biasa...tidak, jadi mahkamah telah menunjukkan dalam kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd sebelum ini yang mendapati beliau (Najib) bersalah.

"Kita kena lihat bagaimana mahkamah memberi alasan penghakiman. Kenapa mahkamah membebaskan Najib, adakah kerana tiada bukti lengkap yang menunjukkan Najib yang membuat arahan untuk mengubah laporan akhir audit itu?

"Jika laporan itu diubah ia mesti membuktikan Najib yang mengarah barulah terbukti Najib lakukan... Jadi banyak perkara yang perlu kita lihat berhubung undang-undang ini dengan penuh waspada,” katanya.

Sementara itu menyentuh sama ada keputusan tersebut akan memberi peluang kepada Najib untuk dibebaskan, Mohamed Hanif berkata, isu itu tidak relevan untuk dibangkitkan.

"Saya tidak pentingkan isu politik atau populariti, kalau hendak bincangkan perkara ini kita semua kena terima hakikat bahawa Najib masih berada di penjara,” katanya.

Najib kini sedang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman dan denda berhubung kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Apa lagi kes berprofil tinggi dihadapi Najib?

- Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil seramai 44 saksi.

- Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes.

Klik di sini untuk terus membaca