SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) terpaksa memilih untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas permohonan mereka bersama Pakatan Harapan (PH) ditolak disebabkan mereka mahu mengekalkan kelangsungan politik Presidennya, Datuk... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) terpaksa memilih untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas permohonan mereka bersama Pakatan Harapan (PH) ditolak disebabkan mereka mahu mengekalkan kelangsungan politik Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, Pejuang terpaksa berbuat demikian selepas parti itu kalah teruk serta hilang wang pertaruhan di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tanpa kerjasama dengan PH atau PN, katanya, parti berkenaan perlu melupakan hasrat untuk bertanding dan menang sebarang kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

"Cabaran besar bagi Pejuang dan Mukhriz adalah mereka bukan hanya kalah teruk, malah hilang wang pertaruhan atau mendapat undi kurang satu per lapan daripada jumlah undi di kesemua kerusi Parlimen dan DUN ditandingi pada PRU15.

"Jadi, tawaran apa yang berbaloi dipersembahkan Pejuang kepada PN sekarang? Ini kerana semua segmen kerusi majoriti pengundi Melayu telah dikuasai oleh gabungan tersebut,” katanya kepada Sinar Premium.

Pandangan Mazlan itu dilihat relevan mengambil kira kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini yang menegaskan Mukhriz kini dalam keadaan terdesak untuk bekerjasama dengan PN atau PH menjelang PRN nanti.

Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.
Mukhriz (kiri) bersama Tun Mahathir.

Terdahulu, Mukhriz mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat permohonan untuk membolehkan Pejuang menyertai koalisi PN kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu.

Mukhriz berkata, keputusan permohonan tersebut telah disepakati oleh Majlis Eksekutif Pusat Pejuang (MEP) setelah penelitian dan penilaian khusus semua opsyen gabungan atau kerjasama politik yang ada.

Berikutan itu, Mazlan meramalkan PN sukar untuk menerima Pejuang kerana tidak mempunyai nilai tambah, malah mungkin menimbulkan konflik dengan parti komponen lain terutama dalam isu pembahagian kerusi bagi menghadapi PRN di enam negeri nanti.

"Saya juga berpandangan penyertaan Pejuang tidak membantu kemenangan PN kerana mereka sudah kuat di kawasan majoriti pengundi Melayu dan lemah di kawasan majoriti bukan Melayu.

"Apa yang PN perlukan sekarang ialah parti yang boleh membantu mereka menang di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu seperti MCA atau DAP,” jelasnya.

Sebaliknya, Mazlan menegaskan hanya Pejuang yang lebih bermanfaat sekiranya mereka bertanding atas tiket PN kerana parti tersebut boleh mendapat undi penyokong Pas dan Bersatu.

Sementara itu, bekas Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, perjuangan Mukhriz dan Pejuang sekarang sekadar mahu menyelamatkan empat kerusi DUN mereka di Kedah dan Selangor iaitu DUN Jitra (Kedah) serta Kuang, Batang Kali dan Jeram (Selangor).

"Daripada awal lagi saya bercakap dalam mesyuarat MEP bahawa Pejuang selepas PRU15 adalah seperti sampah sarap yang tiada nilai lagi.

"Kini baru Presiden Pejuang dan golongan budak hingusan dalam parti itu sedar bahawa PH tidak mahu melayan mereka dan kemungkinannya atas dasar ini Mukhriz mengubah pendirian untuk bersama PN pula,” tambahnya.

Katanya, pemimpin tertinggi Pejuang kini sudah hilang arah tuju perjuangan serta menggadai prinsip perjuangan mulia yang disusun atur oleh bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menubuhkan parti tersebut.

Klik di sini untuk terus membaca