PARIS - Kematian 11 penduduk Palestin dalam serbuan Israel di Tebing Barat pada awal tahun ini menyaksikan rejim tersebut semakin 'menggila' yang membunuh orang ramai dengan mengenetepikan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berikut adalah kronologi beberapa insiden dahsyat sejak beberapa serangan di Palestin tahun awal 2022 sehingga awal 2023 yang mengorbankan 250 orang penduduk Palestin.
13 April 2022
Seorang peguam hak asasi kemanusiaan dan dua remaja ditembak mati di tiga lokasi berasingan semasa operasi serbuan di Tebing Barat. Sehari kemudian, tiga lagi rakyat Palestin termasuk bapa kepada enam anak turut dibunuh tentera Israel.
11 Mei 2022
Wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Akleh telah dibunuh selepas ditembak di kepala semasa membuat liputan mengenai pertempuran antara tentera dan rakyat Palestin di Jenin.
Insiden itu mendapat liputan meluas seluruh dunia dan kemudian Israel mengakui tenteranya menembak mati wartawan tersebut yang disangkakan pejuang Palestin.
22 Ogos 2022
Israel melancarkan serangan selama tiga hari di Gaza dengan mensasarkan kumpulan pejuang yang didakwa merancang serangan.
Sekurang-kurangnya 49 penduduk Palestin terbunuh termasuk 17 kanak-kanak. Menurut tentera Israel, lebih 1,000 roket ditembak pejuang di negara tersebut.
25 Oktober 2022
Israel didakwa melakukan serbuan ganas yang mensasarkan kumpulan pejuang tempatan iaitu Lion's Den dengan membunuh lima orang penduduk Palestin di bandar Nablus manakala seorang lagi Nabi Saleh.
Malah, tentera Israel telah menuduh kumpulan itu melancarkan serangan dahsyat di Tebing Barat baru-baru ini.
29 November 2022
Pasukan tentera Israel menembak mati tiga penduduk Palestin di Tebing Barat apabila mereka dituduh sebagai 'perusuh' dan kemudian membunuh seorang yang disyaki merempuh kereta dan mencederakan seorang askarnya.
26 Januari 2023
Tentera Israel membunuh sembilan penduduk Palestin di kem pelarian Jenin dalam serbuan dikatakan 'operasi memerangi keganasan' untuk menangkap anggota pejuang.
Kemudian, seorang daripadanya yang cedera diserang disahkan meninggal dunia.
27 Januari 2023
Seorang rakyat Palestin mengamuk dan menembak mati tujuh orang di luar rumah ibadat di Baitulmaqdis timur. Pelaku kemudian ditembak mati tentera Israel.
6 Februari 2023
Tentera Israel membunuh lima pejuang Palestin di bandar Jericho. Kumpulan Hamas mengesahkan pejuangnya antara yang terkorban dalam pertempuran bersenjata dengan tentera.
10 Februari
Dua remaja Israel dan seorang pelajar maut selepas dirempuh kereta di sebuah hentian bas di timur Baitulmaqdis.
22 Februari 2023
Tentera Israel telah membunuh 11 penduduk Palestin semasa serbuan di kem pelarian di bandar Nablus dan turut mencederakan 80 yang lain. Israel mendakwa tentera mereka diserang kumpulan pejuang itu. - Agensi
Klik di sini untuk terus membaca