SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan melakukan permulaan yang baik dalam menetapkan arah yang tepat untuk pertumbuhan serta penyembuhan negara. Penganalisis politik, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, pemerintahan sedia ada telah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan melakukan permulaan yang baik dalam menetapkan arah yang tepat untuk pertumbuhan serta penyembuhan negara.

Penganalisis politik, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, pemerintahan sedia ada telah memberi tumpuan segera kepada isu yang menekan rakyat seperti inflasi, pengangguran dan peningkatan kos sara hidup termasuk makanan dan barangan keperluan.

"Kerajaan nampaknya telah menyediakan rancangan untuk menangani cabaran ini dan merupakan petanda positif bahawa pemerintahan kini berfungsi dengan baik,” katanya yang juga merupakan ahli Majlis Profesor Negara.

Nik Ahmad Kamal berkata, beliau mendapati kerjasama antara pelbagai parti politik turut berjalan lancar.

"Jika cabaran itu boleh ditangani dengan berkesan, kerajaan boleh pergi jauh dan isu pelantikan ahli keluarga ke dalam kerajaan sebelum ini adalah satu halangan kecil tetapi Perdana Menteri berjaya menanganinya dengan baik,” jelasnya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata, beliau melihat 100 hari adalah tempoh yang singkat untuk kerajaan meraih sebarang kejayaan besar.

Syed Arabi
Syed Arabi
Syed Arabi
Syed Arabi
Syed Arabi
Syed Arabi
Syed Arabi

Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa pembentukan Kerajaan Perpaduan itu sendiri adalah satu pencapaian, membawa kestabilan politik berbanding keadaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

"Saya berharap semua menteri akan membentangkan hala tuju dan dasar yang jelas kepada orang ramai dan amat diperlukan kerajaan untuk membuat pendirian yang jelas dalam memerangi rasuah,” ujarnya.

Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng pula berkata, kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan beberapa nilai yang akan membantu mengukuhkan asas ekonomi.

"Ini termasuk rancangan untuk mengurangkan rasuah, meningkatkan tadbir urus yang baik, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerajaan serta memfokuskan semula agenda ekonomi.

"Mereka perlu mengekalkan prestasi ini melebihi 100 hari untuk memastikan sepenuhnya sentimen pelabur untuk jangka pendek dan sederhana,” katanya sambil menambah bahawa kestabilan Kerajaan Perpaduan akan dipantau dengan teliti.

Klik di sini untuk terus membaca