SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berpandangan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemerintahan yang inklusif dalam membawa hasrat ke arah negara Malaysia Madani. Menurutnya, Anwar... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berpandangan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemerintahan yang inklusif dalam membawa hasrat ke arah negara Malaysia Madani.

Menurutnya, Anwar memiliki sifat kepimpinan yang tawaduk dengan isu dibangkitkan bersifat lebih menyeluruh.

"Apa yang boleh saya katakan beliau memiliki keazaman yang sangat luar biasa dalam mencapai sesuatu hasrat.

"Contohnya, beliau terus bergegas ke Parlimen untuk membentangkan laporan kerja walaupun baharu sahaja pulang daripada lawatan kerja di Turkiye,” katanya kepada Sinar Ahad.

Mohammed Taufiq juga berpandangan bahawa kerajaan yang diterajui oleh Ahli Parlimen Tambun itu memberi banyak impak positif kepada ekonomi negara.

Tambahnya, berdasarkan indeks ekonomi, terdapat peningkatan dan lebih membanggakan prestasi yang ditunjukkan oleh setiap kementerian sangat memuaskan.

Ujar beliau, pemerintahan kerajaan sedia ada sememangnya prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat.

"Bagi saya usaha yang dilakukan oleh kementerian memperkenalkan Menu Rahmah merupakan satu usaha yang wajar dipuji. Walaupun langkah itu kecil tetapi impak perlaksanaan program itu dapat diberikan secara terus kepada rakyat.

"Contoh lain seperti kejadian tanah runtuh di Batang Kali. Kerajaan bertindak dengan segera dalam menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa dan cara menangani isu berkenaan merupakan satu usaha pantas dan kerjasama yang baik di antara kementerian,” tambah beliau.

Klik di sini untuk terus membaca