PADA minggu lalu, Hong Kong yang terkenal dengan jolokan hab kewangan Asia sekali lagi dikejutkan dengan insiden pembunuhan tidak berperikemanusiaan melibatkan seorang model, Abby Choi Tin-fung yang menjadi mangsa kekejaman bekas keluarga... Klik di sini untuk terus membaca

PADA minggu lalu, Hong Kong yang terkenal dengan jolokan hab kewangan Asia sekali lagi dikejutkan dengan insiden pembunuhan tidak berperikemanusiaan melibatkan seorang model, Abby Choi Tin-fung yang menjadi mangsa kekejaman bekas keluarga mertua sendiri yang turut mendapat liputan meluas media antarabangsa.

Ia bukanlah kes pertama seumpama itu kerana bandar raya tersebut pernah berdepan siri pembunuhan yang menggemparkan sebelum ini.

Berikut adalah antara senarai kes yang menjadi tajuk utama sejak lebih tiga dekad lalu.

1) Pembunuh balang (1982)

Pada 1980-an, pemandu teksi, Lam Kor-wan mencekik empat penumpang wanita berusia antara 17 dan 31 tahun. Dia kemudiannya membawa mayat kesemua mangsa ke rumahnya sebelum mengerat tubuh mereka dengan gergaji elektrik. Kor-wan juga menyimpan organ seksual mangsa di dalam balang berisi formaldehid. Tindakan kejamnya nya itu menyebabkan dia mendapat julukan 'pembunuh balang'. Dia akhirnya ditahan pada 1982 dan dihukum penjara seumur hidup.

2) Braemar Hill (1985)

Remaja warga Britain, Kenneth McBride, 17, dan Nicola Myers, 18, dibunuh lima gengster di Braemar Hill, sebuah daerah kediaman lereng bukit timur Mid-Levels. Pada mulanya, suspek berusia antara 16 dan 25 tahun itu cuba merompak kedua-dua mangsa, namun mereka memperkosa Nicola sebelum membunuhnya dan McBride tanpa perikemanusiaan. Kesemuanya dihukum penjara seumur hidup. Dua daripadanya dibebaskan pada 2004 dan 2007.

3) Dikerat 15 bahagian (1998)

Suspek, Chen Qiangming menculik pemilik rumah sewanya, Liang Jinrong dan dibiarkan mati kelaparan di sebuah unit apartment di Yuen Long. Bagi menutup perbuatannya, Qiangming mengerat tubuh Long kepada 15 bahagian dan dimasukkan ke dalam lapan beg berasingan. Dia turut mengawet dengan garam sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Pembunuhan itu terbongkar selepas rakan subahat suspek diberkas polis dan mengaku melakukan jenayah kejam itu. Dia akhirnya ditahan dan dihukum penjara 18 tahun.

4) Pembunuhan Hello Kitty (1999)

Tiga lelaki warga tempatan menculik pelayan kelab malam, Fan Man-yee kerana pertikaian hutang. Mereka menyeksa mangsa di sebuah apartment di Tsim Sha Tsui selama sebulan sehingga mati. Kesemua lelaki itu kemudiannya mengerat tubuh mangsa dan merebusnya manakala bahagian tengkorak disumbatkan ke dalam anak patung Hello Kitty. Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menemui beg mengandungi organ Man-yee yang semakin mereput ketika menyiasat kes lain. Hanya tengkorak, sebatang gigi dan beg organ berjaya dijumpai. Pada tahun 2000, ketiga-tiga suspek disabit bersalah membunuh dan dihukum penjara seumur hidup.

5) Gadis malang (2008)

Wong Ka-mui berusia 17 tahun ketika dia dibunuh. Pada 2008, Ka-mui yang bekerja sebagai call girl untuk membantu keluarganya dikatakan bertemu pelanggan dikenali sebagai Ting Kai-tai di sebuah apartment. Kai-tai bertindak membunuh dan mencincang tubuhnya. Dia turut mengepam beberapa cebisan tubuhnya ke dalam tandas dan bahagian lain dibuang ke laut. Kes itu mencetuskan panik selepas Kai-tai didakwa mencampurkan cebisan daging Ka-mui di kedai berhampiran rumahnya.

Filem berjudul Port of Call yang dibintangi Aaron Kwok pada 2015 diadaptasi daripada kisah pembunuhan ngeri itu.

6) Anak dari neraka (2013)

Pemain piano, Chau Hoi-Leung membunuh ibu dan bapanya yang berusia 63 dan 65 tahun dengan mengelar leher mereka. Dia turut dibantu rakannya, Tse Chun-kei untuk mengerat tubuh kedua-dua orang tuanya dan disalut dengan garam sebelum memasaknya. Hoi-Leung akhirnya mengaku melakukan perbuatan kejam itu di grup WhatsApp dan dikatakan merancang enam bulan lebih awal. Suspek mendakwa dia terlalu marah terhadap mereka yang didakwa menjadi punca utamanya gagal dalam hidup dan hubungan cinta. Pada 2015, Hoi-Leung yang ketika itu berusia 31 tahun disabit bersalah atas dua pertuduhan membunuh.

7) Maut kerana bola yoga (2015)

Profesor warga Malaysia, Khaw Kim Sun yang menetap di Hong Kong didakwa membunuh isteri dan anak perempuan mereka dengan bola yoga berisi karbon monoksida. Dua beranak itu ditemui mati di dalam kereta Mini Cooper di tepi jalan. Kim Sun didakwa meletakkan dua bola yoga itu di dalam but kereta yang dipandu isterinya.

Pendakwa raya memberitahu Kim Sun bertindak demikian kerana isterinya enggan berpisah walaupun dia mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pelajarnya. Pada 2015, dia dihukum penjara seumur hidup dan rayuan dikemukakan pada tahun lalu turut ditolak.

8) Ibu durjana (2017)

Perbuatan kejam seorang wanita terbongkar setelah jiran ternampak darah anak perempuannya yang dibunuh melimpah keluar dari bawah pintu rumahnya. Suspek didakwa seorang penagih dadah dan tergamak membunuh anaknya sendiri dan turut mengerat tubuh mangsa. Hakim mengarahkan wanita itu ditempatkan di hospital psikologi seumur hidup berdasarkan rekod penyalahgunaan dadah dan penyakit mental dialaminya.

9) Keranda' sorok isteri (2018)

Seorang profesor universiti membunuh isterinya di kediaman mereka di Hong Kong University pada 2018. Cheung Kie Chung, 56, mengaku mencekik leher mangsa dengan wayar kabel setelah terlibat pergaduhan mulut. Dia kemudiannya menyumbat mayat mangsa ke dalam beg pakaian yang diletakkan di balkoni. Kie Chung turut membuat 'keranda' untuk menyembunyikan mayat itu yang mula berbau di pejabatnya dan berpura-pura melaporkan kehilangan mangsa kepada polis. Pada 2020, dia dihukum penjara seumur hidup. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca