SHAH ALAM - Seorang ahli UMNO bersedia mencabar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) yang difahamkan meluluskan usul tambahan tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan UMNO kali ini sebagaimana... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Seorang ahli UMNO bersedia mencabar keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) yang difahamkan meluluskan usul tambahan tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan UMNO kali ini sebagaimana diputuskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 bulan lalu.

Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir berkata, beliau turut mempertimbangkan untuk mengemukakan permohonan injunksi kepada mahkamah bagi menghentikan sementara proses pemilihan UMNO yang turut melibatkan semua jawatan dipertandingkan di peringkat pusat, sayap-sayap parti, bahagian dan cawangan ketika ini.

Jelas Muhammad Aizat Fikri yang turut bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat campur tangan politik daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam keputusan terbaharu dibuat RoS berdasarkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada malam Sabtu.

"Aduan dibuat kepada RoS sebelum ini adalah berasas. Ini kerana berdasarkan kenyataan terdahulu Presiden UMNO, RoS memberikan pengecualian pematuhan terhadap Perkara 13 (1)(c)(4) Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) iaitu pengecualian kepada pembatalan dan penggantungan kerana pertubuhan berkenaan telah sengaja melanggar peruntukan di bawah berkenaan.

"Ini bermakna RoS sudah mengesahkan memang UMNO ada melakukan kesalahan melanggar perlembagaan parti dan Akta 832. Namun pengecualian di bawah Seksyen 70 hanya boleh diberikan menggunakan kuasa budi bicara Menteri Dalam Negeri yang mengetuai RoS.

"Saya yakin RoS sudah menjalankan siasatan telus terhadap aduan dibuat sebelum ini, namun saya tidak tolak kemungkinan campur tangan menteri menyebabkan UMNO dikecualikan daripada mematuhi keputusan awal RoS," katanya kepada Sinar Premium pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan RoS menerima resolusi parti itu bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri I berkata, RoS sudah meluluskan usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Aizat menegaskan jika benar ada campur tangan politik daripada kerajaan sedia ada, maka keputusan RoS itu adalah satu perkembangan kurang sihat terhadap UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

Hal ini kerana beliau berpandangan Kerajaan Perpaduan selama ini sering melaungkan perjuangan mahu menjayakan agenda transformasiParlimen, reformasi institusi dan perangi salah guna kuasa dalam tadbir urus negara.

"Saya yakin mahkamah akan berlaku adil kerana hakim tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana individu yang mempunyai kuasa eksekutif," katanya yang akan mengadakan perbincangan dengan beberapa peguam dan penasihat undang-undang sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjelaskan keputusan RoS berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah oleh mana-mana individu yang bergelar ahli parti memandangkan isu itu membabitkan hal ehwal dalaman UMNO.

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, tidak timbul soal campur tangan politik dalam keputusan RoS kerana usul PAU berkenaan adalah berlandaskan Perlembagaan UMNO.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat selaras daripada usul tambahan PAU 2022 dan bukan menerusi agenda pindaan Perlembagaan UMNO melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti yang memerlukan setiap perwakilan diberikan notis pemberitahuan tujuh hari sebelum sidang berlangsung.

"Usul tambahan itu (tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden) bukan dibuat dalam mesyuarat MKT, sebaliknya diserahkan kepada perwakilan yang hadir semasa PAU 2022 sama ada mahu menyokong atau menolak cadangan jurucakap dari Negeri Sembilan untuk menambah usul dari tujuh kepada lapan.

"Malah, usul berkenaan juga sudah dirujuk kepada peguam UMNO dan beliau berpandangan ia tidak melanggar perlembagaan parti. Jadi tidak timbul soal campur tangan politik dalam keputusan RoS terbabit.

"Perlembagaan UMNO juga tidak membenarkan mana-mana ahli membawa apa-apa isu masalah dalaman parti ke mahkamah. Mereka hanya boleh bawa kes ke RoS dan tidak boleh menyaman parti," katanya.

Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi
Wan Ahmad Fauzi

Pakar perlembagaan dari Universiti Malaysia Pahang, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, semua pihak boleh mengemukakan semakan kehakiman di mahkamah bagi mencabar keputusan RoS membenarkan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti berkenaan kali ini.

"Semua orang boleh mencabar keputusan terbabit namun mahkamah akan menentukan sama ada semakan kehakiman berkenaan mempunyai asas kuat atau tidak.

"Mahkamah akan membuat keputusan yang adil dan telus sama ada keputusan RoS berkenaan adalah tepat atau tidak berdasarkan hujah dan bukti dikemukakan oleh pihak plaintif dan defendan semasa prosiding tersebut berjalan nanti," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca