AWANG percaya pada demokrasi. Demokrasi boleh menaikkan dan menumbangkan kerajaan.
Kuasa berbuat demikian terletak pada rakyat, pada pengundi.
Jadi apabila Tan Sri Abdul Hadi Awang buat kenyataan bahawa pembangkang ada hak untuk tumbangkan kerajaan yang ada, ceritanya jadi lain.
Seolah-olah memang itulah niat pembangkang dalam waktu terdekat.
Mereka nak tumbangkan kerajaan sedia ada dan dirikan kerajaan yang baharu.
Awang fikir rakyat dah jemu jelak dengan sepak terajang politik beberapa tahun kebelakangan ini.
Sejak tahun 2018, kita dah ada empat kerajaan dan empat perdana menteri. Kalau itu namanya demokrasi yang baik, Awang tak pasti.
Yang kita tahu negara jadi haru-biru. Keadaan jadi tak stabil. Ekonomi jadi teruk. Pelabur jadi takut. Tambahan pula ada pandemik yang berlaku selama dua tahun.
Rakyat berharap tak berlaku lagi langkah itu dan ini dan tak ada lagi kerajaan tebuk atap.
Buruk baiknya biarlah kerajaan sedia ada bertahan sehingga mandat rakyat yang baharu dalam pilihan raya akan datang.
Tapi nampaknya ‘fatwa’ Haji Hadi tidak begitu. Dia lebih rela tengok huru-hara dan kacau bilau politik dan ekonomi.
Itulah agaknya angkara kuasa. Kuasa boleh memabukkan sesiapa sahaja.
Klik di sini untuk terus membaca