MAKA berakhirlah teka-teki sama ada UMNO boleh mengekalkan keputusan dalam perhimpunan agungnya (PAU) bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak perlu dipertandingkan.
Maka ahli UMNO dan pemerhati politik menunggulah apakah keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam hal itu.
Sebelum keputusan rasmi dimaklumkan, terdengarlah macam-macam spekulasi tentang hal tersebut.
Maka dalam UMNO pun macam-macamlah perbincangan berlaku. Ada yang kata minta dedahkan surat RoS bertarikh 2 Mac itu.
Ada yang kata pimpinan tertinggi UMNO tak patut rahsiakan hal itu begitu lama.
Ada pula yang kata mereka sengaja merahsiakan hal itu dari makluman ahli sehingga ‘sesuatu’ berlaku.
Maka berlakulah ‘sesuatu’. Enam hari selepas surat RoS itu, Menteri Dalam Negeri buat sebaran media membenarkan keputusan PAU.
Kenyataan ringkas dua perenggan menteri berkenaan menyebutkan, bahawa UMNO diberikan ‘pengecualian dalam pematuhan’ berkaitan dengan usul tambahan semasa PAU itu.
Maka riuh rendahlah ahli dan pemimpin UMNO.
Ada yang rasa pelik, ada yang hairan, ada yang setuju dan ada yang kecewa dengan apa yang dianggap ‘campur tangan’ menteri dalam isu yang telah diputuskan secara profesional oleh RoS.
Klik di sini untuk terus membaca