NEW DELHI - Sejak Disember lalu, wabak selesema misteri telah melanda India yang menyebabkan kebanyakan pesakit mengalami batuk berpanjangan selepas negara Asia Selatan itu menyaksikan trend penurunan stabil dalam kes Covid-19 sejak tahun... Klik di sini untuk terus membaca

NEW DELHI - Sejak Disember lalu, wabak selesema misteri telah melanda India yang menyebabkan kebanyakan pesakit mengalami batuk berpanjangan selepas negara Asia Selatan itu menyaksikan trend penurunan stabil dalam kes Covid-19 sejak tahun lalu.

Laporan Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) bagaimanapun mengenal pasti strain influenza itu sebagai subjenis H3N2 yang telah mencetuskan lonjakan luar biasa di seluruh negara.

"Strain tersebut adalah lebih ganas pada musim ini. Subjenis itu mengakibatkan lebih banyak kes kemasukan ke hospital berbanding subjenis influenza lain,” ujar ICMR pada minggu lalu.

Data rasmi menunjukkan 92 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital mengalami demam, 86 peratus batuk-batuk dan 27 peratus lagi sesak nafas.

Selain itu, 10 peratus pesakit memerlukan bantuan oksigen dan tujuh peratus terpaksa dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurut Persatuan Perubatan India (IMA), kebanyakan pesakit boleh mengalami batuk berterusan selama dua minggu.

"Strain itu tidak mengancam nyawa kecuali dalam kes serius yang menyebabkan masalah pernafasan terhadap segelintir pesakit,” jelas ICMR lagi.

Laporan Majlis Penyelidikan Perubatan India mengenal pasti strain influenza itu sebagai subjenis H3N2 telah cetuskan lonjakan luar biasa di negara itu.

Sebahagian besar kes dilaporkan di bandar utama termasuk New Delhi dan Mumbai.

Sebagai langkah berjaga-jaga, negeri selatan Andhra Pradesh juga telah melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Antara gejalanya termasuk cirit-birit, keletihan, hilang selera makan, sakit otot, batuk kering dan ada juga yang mengalami konjunktivitis.

"Terdapat dua fasa penyakit ini iaitu fasa akut yang berlarutan selama lima hingga tujuh hari dan fasa batuk berpanjangan.

"Kami tidak pernah melihat situasi seperti ini kerana ada sebahagian pesakit yang terpaksa dimasukkan ke unit jagaan intensif,” kata Pengarah Utama dan Ketua Pulmonologi di Max Super Speciality Hospital, Dr Vivek Nangia, sambil menambah pelbagai strain influenza telah menular di seluruh negara.

MEMUNCAK PADA MUSIM MONSUN

Virus influenza biasanya memuncak ketika musim monsun pada bulan Jun hingga September dan November hingga Februari.

Profesor Koushik Muthu Raja M di Sri Ramachandra Medical College dan Hospital yang berpusat di Chennai memberitahu, mereka kini menerima 10 hingga 20 kes pada setiap hari.

"Lebih ramai individu mudah dijangkiti virus lebih ganas kerana kadar imuniti yang rendah selepas pandemik Covid-19. Ia turut menjejaskan aktiviti harian walaupun tidak dianggap teruk atau mengancam nyawa,” jelasnya.

Beberapa pakar percaya virus tersebut mungkin mengalami mutasi yang menyebabkan gejala berterusan.

Difahamkan, golongan paling berisiko ialah mereka yang berusia di bawah 15 tahun dan individu berumur 50 tahun ke atas.

Salah seorang pesakit, Sarita Sinha, 70, yang jatuh sakit kira-kira seminggu lalu pada mulanya menyangka dia sekali lagi dijangkiti Covid-19.

"Gejala yang saya alami lebih teruk berbanding ketika positif Covid-19. Saya tidak pernah mengalami selesema seperti ini. Tubuh saya menjadi sangat lemah,” katanya yang turut mengalami sesak dada.

MENINGKAT 100 KALI GANDA

Australia turut berdepan masalah sama selepas ia merekodkan peningkatan 100 kali ganda kes influenza dalam tempoh dua bulan pertama 2023.

Data Jabatan Kesihatan menunjukkan terdapat 8,453 kes dilaporkan berbanding 79 yang direkodkan pada 2022.

Sebanyak 2,700 kes melibatkan individu di bawah usia 14 tahun yang menyumbang hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes.

Lonjakan luar biasa di Australia dikatakan berpunca daripada peningkatan perjalanan antarabangsa berikutan orang ramai pulang bercuti dari hemisfera utara.
Lonjakan luar biasa di Australia dikatakan berpunca daripada peningkatan perjalanan antarabangsa berikutan orang ramai pulang bercuti dari hemisfera utara.

Lonjakan luar biasa itu dikatakan berpunca daripada peningkatan perjalanan antarabangsa berikutan orang ramai pulang bercuti dari hemisfera utara.

Pada 2022, terdapat lebih 220,000 kes selesema di negara itu, selain merekodkan 308 kematian dan ia adalah angka tertinggi sejak sekatan ketat Covid-19 pada 2019.

Sebagai usaha untuk mengelakkan sistem kesihatan dibebani kes selesema dan Covid-19, beberapa kerajaan negeri telah menyediakan vaksinasi influenza secara percuma kepada penduduk pada tahun lalu.

Orang ramai perlu mempertimbangkan langkah untuk mengambil inokulasi tersebut apabila vaksin itu mula tersedia pada pertengahan Mac.

Ia berpotensi menjadi penyakit berbahaya, malah mengancam nyawa kanak-kanak. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca