AKHIR - AKHIR ini, macam-macam cerita Awang dengar pasal bangunan kosong.
Awang yang tak pandai soal ekonomi dan hartanah ini diberitahu bahawa bangunan ibu pejabat Maybank di KL dan di Bangsar akan dikosongkan. Semua pekerja akan pindah ke Menara Merdeka setinggi 118 tingkat milik PNB.
Menara Maybank di Pudu itu memang jadi satu mercu tanda di ibu kota. Itulah lambang kegagahan bank terbesar negara. Sayang sangat tempat itu akan tinggal kosong.
Dari awal, Awang tak setuju dibuat menara setinggi 118. Untuk apa? Bangga diri? Nak tunjuk kehebatan PNB?
Duit siapa yang digunakan kalau bukan duit rakyat termasuk orang kampung dan orang miskin yang cuba nak melabur?
Awang juga diberitahu syarikat Telekom Malaysia (TM) akan berpindah dari berapa buah bangunan yang didudukinya.
Bangunan itu antaranya yang dimiliki oleh Tabung Haji (TH). Menurut khabarnya salah sebuah bangunan itu bagi pulangan sewa RM20 juta setahun pada TH.
Setahu Awang dalam kes bangunan TH itu, mantan PM, Tuk Seri Ismail Sabri dah maklum dan minta penjelasan. Tapi Ismail tak dapat bertindak.
Sekarang Tuk Seri Anwarlah yang patut tengok-tengokkan apa yang sebenarnya berlaku hingga TH boleh kerugian besar.
Klik di sini untuk terus membaca