BELALANG bukanlah ahli mana-mana parti politik. Belalang lebih selesa jadi pemerhati. Sejak beberapa tahun ini, Belalang ada lah turun beberapa kali persidangan dan kongres pelbagai parti. Belalang nak tengok sendiri kemeriahan dan suasana... Klik di sini untuk terus membaca

BELALANG bukanlah ahli mana-mana parti politik. Belalang lebih selesa jadi pemerhati. Sejak beberapa tahun ini, Belalang ada lah turun beberapa kali persidangan dan kongres pelbagai parti.

Belalang nak tengok sendiri kemeriahan dan suasana persidangan parti masing-masing.

Tapi Belalang tak boleh nafikan walaupun kalah teruk Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, aura UMNO memang masih macam magnet bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Tak kisahlah baik penganalisis politik, media massa dan juga netizen.

Mungkin kerana sejarah UMNO yang panjang dan dekat di hati ramai atau mungkin juga populariti kebanyakan pemimpin UMNO menyebabkan mereka dikenali dalam kalangan rakyat akar umbi.

Maka tidak hairanlah, walaupun UMNO sekadar parti dengan 26 kerusi di Parlimen, agak ketinggalan berbanding DAP, PKR, Pas dan Bersatu, tumpuan kepada persidangan dan pemilihan UMNO sangat kuat.

Sejak Jumaat, ahli-ahli UMNO memulakan mesyuarat perwakilan jawatankuasa Wanita, Pemuda serta Puteri bahagian.

Tetapi perhatian untuk persidangan tahun ini bertambah hebat sebab kali ini lebih 160,000 perwakilan mewakili bahagian dan cawangan masing-masing akan memilih pemimpin untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Dan sejak petang Jumaat, ratusan media mula berkampung di Menara Dato' Onn untuk melaporkan keputusan peringkat sayap.

Bagi Belalang tugas ahli UMNO edisi ini memang sangat berat kerana pemilihan kali ini bakal menentukan masa depan parti itu.

Tolak tepilah isu dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan kerana ada ahli yang setuju dan ada yang tidak setuju.

Tetapi jawatan-jawatan lain, baik Naib Presiden dan MKT, bagi Belalang sangat masih signifikan untuk parti itu.

Sebagai contoh siapa sangka, dua tahun lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun berstatus Naib Presiden, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.

Beliau memecahkan tradisi, Presiden parti mesti jadi PM disebabkan oleh Presiden UMNO terkait isu mahkamah dan Timbalan Presiden bukan ahli Parlimen.

Walaupun perbualan Belalang dengan beberapa ahli dan calon UMNO ada yang memaklumkan mesti jadi ‘cai’ Presiden untuk menang kali ini, tetapi siapa tahu, apa yang ada dalam kotak fikiran perwakilan UMNO di bahagian dan cawangan ketika ini.

Mungkin ahli UMNO akan mengundi atas faktor team Presiden, mungkin kerana populariti, tidak mustahil juga atas faktor wakil negeri masing-masing dan mungkin juga demi masa depan UMNO.

Yang pasti, segalanya di atas bahu lebih 160,000 perwakilan UMNO!

Belalang: Tunggu ada kejutan atau ramalan benar belaka

Klik di sini untuk terus membaca