BERBAKI empat bulan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tiga parti Melayu utama iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kini sudah mula memperhebatkan persiapan jentera pilihan raya masing-masing. Minggu... Klik di sini untuk terus membaca

BERBAKI empat bulan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tiga parti Melayu utama iaitu UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kini sudah mula memperhebatkan persiapan jentera pilihan raya masing-masing.

Minggu ini sahaja menyaksikan UMNO akhirnya melaksanakan proses pemilihan parti yang tertangguh sejak tahun 2021, di sebalik pertikaian status kelulusan usul tambahan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi UMNO menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 diberikan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Bersatu pula mengorak langkah mengadakan perhimpunan agung tahunan parti berkenaan di tengah-tengah keributan polemik kes mahkamah dihadapi Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ketua Penerangan parti itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Tumpuan rakyat juga terarah kepada nasib Muhyiddin dan Bersatu yang kini mengambil alih baton gelaran ‘kluster mahkamah’ daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

Kes pendakwaan mahkamah dihadapi Muhyiddin diterima majoriti rakyat Malaysia dengan lebih positif berbanding kes pendakwaan skandal 1MDB dihadapi Najib pada tahun 2018.
Kes pendakwaan mahkamah dihadapi Muhyiddin diterima majoriti rakyat Malaysia dengan lebih positif berbanding kes pendakwaan skandal 1MDB dihadapi Najib pada tahun 2018.
Kes pendakwaan mahkamah dihadapi Muhyiddin diterima majoriti rakyat Malaysia dengan lebih positif berbanding kes pendakwaan skandal 1MDB dihadapi Najib pada tahun 2018.
Kes pendakwaan mahkamah dihadapi Muhyiddin diterima majoriti rakyat Malaysia dengan lebih positif berbanding kes pendakwaan skandal 1MDB dihadapi Najib pada tahun 2018.
Kes pendakwaan mahkamah dihadapi Muhyiddin diterima majoriti rakyat Malaysia dengan lebih positif berbanding kes pendakwaan skandal 1MDB dihadapi Najib pada tahun 2018.
Kes pendakwaan mahkamah dihadapi Muhyiddin diterima majoriti rakyat Malaysia dengan lebih positif berbanding kes pendakwaan skandal 1MDB dihadapi Najib pada tahun 2018.

Pas seperti biasa menjadikan tentatif mesyuarat agung tahunan di peringkat kawasan sebagai platform mengukuhkan jentera pilihan raya parti itu selain mengenal pasti calon-calon pemimpin pelapis.

Ramai pemerhati politik sebaliknya melihat hasil keputusan pemilihan UMNO pada 18 Mac kelak mampu memberi kesan domino terhadap peluang koalisi baharu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mendepani PRN di tiga negeri PH iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang serta tiga negeri dikuasai Perikatan Nasional (PN) - Kedah, Kelantan dan Terengganu kelak.

Hakikatnya, Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Muhammad Asri Mohd Ali berpandangan proses pemilihan UMNO bagi penggal 2022-2025 ibarat tercetusnya ‘perang proksi’ yang sangat sengit di antara kem menyokong idea kerjasama BN-PH dan kem menolak kerjasama itu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lebih menarik, trend keputusan tidak rasmi pertandingan merebut jawatan tiga ketua sayap parti itu yang ketika ini didominasi calon pro Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menunjukkan implikasi pertandingan itu sebenarnya sangat besar dalam menentukan kestabilan Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya difahamkan keputusan tidak rasmi menunjukkan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Salleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO; bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengekalkan jawatan Ketua Wanita dan muka baharu, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengetepikan cabaran Dira Abu Zahar untuk menang Ketua Puteri.

"Ketiga-tiga pemimpin ini dipercayai merupakan calon daripada kem menyokong Presiden UMNO. Justeru kemenangan tidak rasmi mereka ini menunjukkan trend lebih kurang sama dijangka bakal menyusul pada pertandingan merebut jawatan Naib Presiden, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan 191 ketua UMNO bahagian minggu hadapan.

"Dalam bahasa mudah, proses pemilihan UMNO kali ini yang secara jelas didominasi kemenangan kem menyokong presiden parti, secara tidak langsung menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan dan memberi kelegaan kepada koalisi BN-PH bagi mendepani PRN enam negeri kelak,” ujar Muhammad Asri kepada Sinar Premium.

Merungkai proses pemilihan UMNO dari sudut pandang lebih mendalam, Muhammad Asri merasakan kegagalan calon-calon kem menolak kerjasama BN-PH memberi cabaran kepada kem pro Presiden bakal menyaksikan kelompok ini sukar mendapat tempat sebagai calon pilihan raya pada enam PRN kelak.

Selain itu, keputusan kali ini bakal menjadi manifestasi dakwaan majoriti akar umbi UMNO menolak keputusan parti bekerjasama dengan PH dan Anwar bagi membentuk Kerajaan Perpaduan sebenarnya tidak berasas.

"Saya turut melihat dominasi kem pro Presiden UMNO ini sebagai bukti bahawa parti itu tidak boleh dipisahkan daripada kuasa mentadbir kerajaan.

"Apabila presiden kembali membawa UMNO meraih kuasa mentadbir kerajaan bersama PH, hakikatnya keputusan itu akhirnya disokong akar umbi meskipun pada awalnya mereka berbelah-bahagi,” jelasnya.

PENILAIAN RAKYAT

Menilai impak ‘Gelombang Abah’ yang diuar-uarkan bakal mencetuskan fenomena lebih hebat berbanding gelombang ‘Reformasi’ sewaktu pemenjaraan Anwar, seorang penganalisis politik tidak menafikan perkara itu mungkin menjadi realiti mengambil kira penilaian rakyat terhadap prestasi Muhyiddin sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Dengan mood rakyat lebih bersimpati dalam menilai nasib Muhyiddin berbanding skandal kes 1MDB Najib, Bersatu dan PN hakikatnya memiliki kelebihan moral mendepani PRN enam negeri.

Bagaimanapun, pemerhati politik berkenaan berpendapat Pas selaku rakan sekutu kuat Bersatu tidak boleh sesekali melakukan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan berbentuk kontroversi yang akhirnya menjauhkan sokongan pengundi muda dan bukan Melayu terhadap PN.

"Kita ambil contoh kenyataan kontroversi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini serta komen segelintir pemimpin Pas yang kadangkala menyentuh sensitiviti kaum bukan Melayu di saat mereka ghairah untuk mengekalkan sokongan segmen pengundi Melayu.

"Perlu diingat usaha PN untuk merampas Selangor hanya boleh direalisasikan sekiranya sebilangan undi bukan Melayu memihak kepada mereka. Sebarang tindakan atau kenyataan kontroversi Pas yang mengguris perasaan bukan Melayu mampu membantutkan peluang koalisi itu merampas negeri kubu kuat PH itu,” tegas penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff.

Bagaimanapun, Muhammad Asri memberi pandangan berbeza dengan melihat tindakan Bersatu dan Muhyiddin mempolitikkan kes pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka, mampu memakan diri sekiranya dimainkan secara keterlaluan.

"Pasca PRU14 yang menyaksikan negara sering berdepan ketidakstabilan politik menyebabkan rakyat sudah tidak sanggup berdepan drama politik play victim yang tidak berkesudahan.

"Lebih baik PN dan semua parti politik menggunakan masa yang ada untuk menggubal akta pendanaan politik yang lebih relevan dengan keperluan demokrasi, agar kemelut integriti pendanaan politik di negara ini dapat diselesaikan dengan lebih adil,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca