STOCKHOLM - Import senjata ke Eropah meningkat hampir dua kali ganda pada 2022 yang didorong oleh penghantaran bekalan itu secara besar-besaran ke Ukraine yang menjadi destinasi ketiga terbesar di dunia. Laporan terbaharu itu dikeluarkan... Klik di sini untuk terus membaca

STOCKHOLM - Import senjata ke Eropah meningkat hampir dua kali ganda pada 2022 yang didorong oleh penghantaran bekalan itu secara besar-besaran ke Ukraine yang menjadi destinasi ketiga terbesar di dunia.

Laporan terbaharu itu dikeluarkan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) pada Isnin yang jelas menunjukkan peningkatan sebanyak 93 peratus berbanding 2021 berikutan perbelanjaan ketenteraan yang semakin pesat oleh negara Eropah termasuk Poland dan Norway.

"Kadar import bekalan senjata dijangka meningkat. Kempen ketenteraan dilancarkan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan lonjakan luar biasa terhadap permintaan senjata di rantau Eropah, sekali gus membawa kepada peningkatan import senjata oleh negara Eropah," ujar penyelidik kanan di SIPRI, Pieter Wezeman.

Walaupun sukar untuk meletakkan nilai sebenar urus niaga itu berikutan sebahagian daripadanya ialah 'kontrak gelap', SIPRI menganggarkan jumlah perdagangan senjata global adalah melebihi AS$100 bilion (RM448 bilion) setahun.

Data SIPRI juga menunjukkan perbelanjaan ketenteraan meningkat lebih AS$2 trilion (RM9 trilion) buat pertama kali pada 2022.

Difahamkan, anggaran sebenar akan dikeluarkan pada bulan depan.

Ukraine menyumbang 31 peratus daripada pemindahan senjata ke Eropah.

Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula dan langkah menambah aset tentera semakin meningkat di blok Eropah di tengah-tengah konflik yang masih berterusan antara Moscow-Kiev pada Februari 2021 selain tindakan Kremlin merampas Crimea pada 2014.

"Kebanyakan negara Eropah sudah membuat tempahan atau merancang untuk memiliki pelbagai bekalan senjata sebagai langkah bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika peperangan di Ukraine merebak ke rantau tersebut.

"Segala persediaan telah dibuat untuk mengukuhkan keupayaan tentera melalui keseluruhan spektrum teknologi ketenteraan sedia ada," jelas Wezeman lagi.

Laporan itu juga mendapati import senjata di Eropah meningkat sebanyak 47 peratus berbanding lima tahun sebelum ini (2018-2022) manakala pemindahan dunia menurun kepada lima peratus.

Rantau lain bagaimanapun menunjukkan penurunan import senjata dalam tempoh sama.

Penurunan ketara dapat dilihat di Afrika (-40 peratus) dan Amerika Utara dan Selatan (-20 peratus), Asia (-7 peratus) dan Asia Barat (-9 peratus).

Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula semakin meningkat di blok Eropah.
Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula semakin meningkat di blok Eropah.
Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula semakin meningkat di blok Eropah.
Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula semakin meningkat di blok Eropah.
Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula semakin meningkat di blok Eropah.
Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula semakin meningkat di blok Eropah.
Lonjakan import senjata ke Ukraine telah menyebabkan trend mempersenjatai semula semakin meningkat di blok Eropah.

Di bawah satu anjakan besar, Asia Barat telah menjadi destinasi utama eksport senjata sepanjang tahun lalu dengan menyumbang 32 peratus daripada jumlah keseluruhan dunia.

Ia telah mendahului Asia-Oceania yang selama ini berada di tangga teratas dengan 30 peratus manakala Eropah mencatatkan sebanyak 27 peratus.

Sementara itu, China terus memperuntukkan bajet besar untuk tentera mereka selain meningkatkan penghasilan senjata yang antara penyebab utama pengurangan eksport ke Asia. - AFP


INFO
- Ukraine adalah destinasi ketiga penghantaran senjata terbesar di dunia dan berada di belakang Qatar serta India.

- Kiev menyumbang 31 peratus daripada pemindahan senjata ke Eropah dan lapan peratus daripada penghantaran dunia secara keseluruhan. Import Ukraine termasuk sumbangan dana juga meningkat lebih 60 kali ganda pada tahun lalu. Sebahagian besar penghantaran ke Kiev diambil daripada simpanan bekalan senjata negara penyumbang.

- Antaranya adalah kira-kira 230 buah artileri dari Amerika Syarikat, 280 kenderaan perisai dari Poland dan lebih 7,000 misil antikereta kebal dari Britain.

- Destinasi utama pemindahan senjata ialah Qatar (10 peratus daripada jumlah dunia), India (sembilan peratus), Ukraine (lapan peratus), Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi (tujuh peratus) serta Pakistan (lima peratus).

- Lima pengeksport utama sejak lima tahun lalu ialah AS (40 peratus), Rusia (16 peratus), Perancis (11 peratus), China (lima peratus) dan Jerman (empat peratus). Kesemuanya menyumbang tiga perempat daripada keseluruhan eksport dunia.

Klik di sini untuk terus membaca