AWANG rasa pelik juga cara penyokong Tan Sri mantan PM pertahankan beliau. Awang faham sebagai ketua parti, beliau banyak sokongan. Malah parti gabungan Perikatan Nasional (PN) yang beliau pimpin yakni Pas pun banyak pengikut tegar dan... Klik di sini untuk terus membaca

AWANG rasa pelik juga cara penyokong Tan Sri mantan PM pertahankan beliau. Awang faham sebagai ketua parti, beliau banyak sokongan.

Malah parti gabungan Perikatan Nasional (PN) yang beliau pimpin yakni Pas pun banyak pengikut tegar dan fanatik.

Teringatlah Awang apabila Tuk Seri mantan PM kena dakwa dan hukum, Tan Sri Muhyiddin pun nasihatkan beliau agar sabar dan hormati undang-undang.

Beliau juga orang yang lantang mahukan hukuman sewajarnya dijatuhkan pada Tuk Seri Najib.

Sekarang Muhyiddin hadapi pelbagai tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

Sampailah masanya beliau perlu sabar dan hormati undang-undang.

Seeloknya Muhyiddin tak guna pentas perhimpunan partinya untuk buat kenyataan yang jelas salahkan kerajaan yang ada.

Daripada segi keadilan, baik yang curi susu budak, beras kampit, petai atau yang terbabit rasuah, mahkamahlah tempat menentukan keadilan. Jadi tak timbul soal pendakwaan terpilih.

Peliknya siapa yang kena tuduh akan lontarkan tuduhan yang sama ke atas kerajaan yang berleluasa.

Awang teringat Najib guna ‘Bossku’ sebagai ganti diri beliau.

Nampaknya ada tanda-tanda logo perjuangan baharu dalam kalangan pengikut Muhyiddin ialah ‘Abahku’.

Klik di sini untuk terus membaca