AWANG terkedu juga baca kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bahawa Kementerian itu berpendapat Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) ‘masih diperlukan’.
Jikalau kenyataan itu dibuat pada zaman Tun Mahathir, Pak Lah, Tuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Tuk Seri Ismail Sabri jadi PM, Awang tak hairan.
Tapi kenyataan itu dibuat pada zaman Tuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM! Anwar dulu pemimpin pelajar.
Dia keluar masuk lokap dan penjara kerana perjuangannya.
Pada awal tahun-tahun beliau gerakkan para pelajar menentang kezaliman dan penindasan.
Beliau juga lantang tentang AUKU yang diluluskan pada tahun 1971.
Ramai pemimpin pelajar era itu kini dalam kerajaan atau jadi ahli Parlimen.
Tuk Seri Zahid Hamidi juga dulu pernah pimpin gerakan pelajar. Ahli Parlimen Pasir Gudang juga keras tolak AUKU.
Jadi apabila Anwar jadi PM, patutnya mana-mana akta yang tak relevan dan lapuk dikaji semula atau dihapuskan terus. Bukan dikekalkan.
Awang nak ingatkan kerajaan pasal janji PH untuk beri suara pada mahasiswa dan para guru serta pensyarah.
Universiti mesti disemarakkan semula. Universiti dah jadi sekolah. Pensyarah dan jadi tukang angguk kerajaan.
Ada yang kata profesor bertaraf kangkung sekarang. Semua takut nak bersuara.
Awang percaya jikalau Anwar nak jadikan Madani sebagai prinsipnya mulakanlah dengan memberikan 'nyawa' semula pada universiti kita yang dah lama lesu.
Klik di sini untuk terus membaca