AWANG yang tak pandai ni pun tahu apa hak dan kuasa ahli Parlimen.
Awang faham juga imuniti bagi mereka menyatakan sesuatu di Dewan Rakyat.
Apa lagi jikalau hal itu membabitkan kepentingan rakyat.
Jadi apabila Ahli Parlimen Air Hitam, Tuk Seri Dr Wee Ka Siong bangkitkan isu telur dari India, maka itu hak beliau.
Beliau bawa Dewan Rakyat tiga contoh telur, satu dari dalam negeri, satu lagi telur jenis Omega dan telur dari India.
Telur dari India itu menurut beliau, dikelaskan gred D sahaja jikalau di negara ini.
Ekoran kenyataan itu beliau terima dua surat peguam.
Bukan itu sahaja, beliau juga terima panggilan telefon dari ‘seseorang’.
Orang itu mendakwa telah berbincang dengan ‘PMO’ (Jabatan Perdana Menteri) dan mahukan Ka Siong buat penjelasan terbuka.
JPM segera buat penjelasan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh guna nama JPM untuk apa tujuan sekalipun.
Pemanggil itu pun khabarnya tukar ‘avatar’ atau foto dalam telefonnya setelah Ka Siong dedahkan dia terima panggilan.
Elok sangat siasatan dibuat. Rakyat tahu siapa sebenarnya pemanggil dan apa kepentingannya dalam isu import telur dari India itu.
Klik di sini untuk terus membaca