SHAH ALAM - Kedudukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat kukuh, dengan sokongan 148 ahli Parlimen ketika ini. Justeru, Naib Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani melihat tiada apa yang boleh... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kedudukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat kukuh, dengan sokongan 148 ahli Parlimen ketika ini.

Justeru, Naib Presiden UMNO yang baharu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani melihat tiada apa yang boleh mengganggu-gugat kerajaan sedia ada.

"Kita perlu pastikan tiada isu politik yang membolehkan negara ini hilang keyakinan pelabur. Pembangkang pula bertanggjawab dan memainkan peranan semak dan imbang,” katanya.

Pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan tidak gentar bahkan bersedia untuk menghadapi sebarang serangan yang direncana untuk menjatuhkannya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusuf menyifatkan kenyataan yang dibuat Anwar itu sebagai berani.

Jelasnya, penegasan itu perlu dibuat kerana masih ada pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan, seolah-olah kepimpinan negara boleh dipermainkan.

"Biar pihak yang berniat untuk menganggu-gugat kerajaan tahu, mereka boleh cuba tetapi akan berdepan dengan masalah kerana ia tidak mudah,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca