JAKARTA - Bekas Gabenor Jakarta ini hampir pasti menjadi calon Presiden Indonesia selepas tiga parti politik utama menyokong beliau untuk bertanding jawatan tertinggi tersebut pada Pemilu Presiden (Pilpres) 2024. Parti Keadilan Sejahtera... Klik di sini untuk terus membaca

JAKARTA - Bekas Gabenor Jakarta ini hampir pasti menjadi calon Presiden Indonesia selepas tiga parti politik utama menyokong beliau untuk bertanding jawatan tertinggi tersebut pada Pemilu Presiden (Pilpres) 2024.

Parti Keadilan Sejahtera Islam (PKS) menyertai pakatan untuk perubahan, Parti Nasional Demokrat (Nasdem) dan Parti Demokrat yang dipimpin Agus Harimurti iaitu anak bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bagi menzahirkan sokongan terhadap Anies Baswedan sebagai calon presiden (capres).

Sokongan itu mewakili 163 kerusi atau lebih 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen.

Perlembagaan Indonesia menetapkan calon Presiden perlu disokong parti politik atau gabungan yang memenangi sekurang-kurangnya 20 atau 25 peratus kerusi ketika Pemilihan Umum (Pemilu) sebelumnya.

Anies, 53, sering dilihat sebagai antitesis kepada Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang berhaluan sederhana.

Keputusan kaji selidik terbaharu juga menunjukkan beliau adalah salah seorang daripada tiga capres pilihan utama di samping Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Ketika nama Anies terus menjadi sebutan, parti pemerintah, Parti Demokratik Perjuangan atau PDI-P kini semakin tertekan untuk menamakan calon mereka.

Terdapat spekulasi yang mendakwa PDI-P yang turut dianggotai Jokowi sedang membuat pilihan sukar antara Speaker Parlimen, Puan Maharani yang merupakan anak bongsu kepada Megawati Soekarnoputri dengan Ganjar.

Selain itu, Prabowo yang mewakili Parti Gerindra dan pernah tewas dalam dua Pilpres sebelum ini juga berhasrat untuk merebut jawatan Presiden dan merancang mahu mendapatkan sokongan daripada Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang akan memastikan beliau memperoleh lebih 20 peratus kerusi Parlimen seperti ditetapkan Perlembagaan.

REKOD CEMERLANG

Menerusi ucapan beliau ketika perhimpunan yang dianjurkan Parti Demokrat, Anies menggesa 'pertumbuhan berkualiti' yang meningkatkan kesaksamaan ekonomi dan melindungi alam sekitar di negara itu.

Anies bermula dengan bidang akademik dan menjadi rektor universiti paling muda di Jakarta pada usia 38 tahun sebelum terjun ke dalam dunia politik dengan memenangi pemilihan Gabenor DKI Jakarta pada 2017.

Sikap Anies Baswedan yang lebih bersahaja dan mesra dengan masyarakat disenangi banyak pihak.
Sikap Anies Baswedan yang lebih bersahaja dan mesra dengan masyarakat disenangi banyak pihak.
Sikap Anies Baswedan yang lebih bersahaja dan mesra dengan masyarakat disenangi banyak pihak.
Sikap Anies Baswedan yang lebih bersahaja dan mesra dengan masyarakat disenangi banyak pihak.
Sikap Anies Baswedan yang lebih bersahaja dan mesra dengan masyarakat disenangi banyak pihak.

Ahli akademik yang bertukar menjadi tokoh politik itu dikenali atas usahanya untuk menambah baik infrastruktur dan pengangkutan awam di ibu kota.

Anies bagaimanapun dikritik beberapa pihak selepas beliau dikatakan menggunakan 'taktik kontroversi' untuk memancing undi penduduk Muslim ketika bersaing dengan Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok pada pemilihan gabenor 2017 yang akhirnya berpihak kepadanya.

Bekas Menteri Pendidikan itu juga menyatakan fokus utama beliau adalah untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan untuk kira-kira 270 juta penduduk di negara tersebut selain akses pendidikan yang lebih meluas.

"Jadi, ibu bapa tidak lagi perlu menghantar anak mereka ke bandar utama di Jawa untuk mendapatkan pendidikan berkualiti," katanya lagi.

Anies juga komited untuk melaksanakan rancangan pemindahan ibu kota dari Jakarta ke Kalimantan Timur walaupun projek mega itu berdepan masalah kelewatan dan isu lain termasuk pembiayaan serta alam sekitar.

Beberapa penganalisis berpendapat pengganti Jokowi bakal menggalas tugas berat kerana pelabur akan melihat sama ada pentadbiran baharu akan meneruskan visi tersebut setelah penggal pemerintahannya berakhir pada Februari 2024.

Fasa pertama projek yang menelan kos AS$34 bilion (RM152 bilion) dijangka siap menjelang Ogos 2024 sempena ulang tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia daripada penjajahan Belanda.

TERIMA PELBAGAI ANUGERAH

Anies Rasyid Baswedan dilahirkan pada 7 Mei 1969 di Kuningan, Jawa Barat dan merupakan anak kepada Rasyid Baswedan (bekas Naib Canselor Universiti Islam Indonesia) dan Aliyah (profesor di Universiti Yogyakarta).

Beliau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi di Universiti Gadjah Mada pada 1995.

Anies kemudiannya menyambung Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan awam dengan tajaan biasiswa di University of Maryland di Amerika Syarikat (AS) kira-kira tiga tahun kemudian.

Beliau meneruskan lagi pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains politik di Northern Illinois University di Washington pada 2004.

Anies pernah memenangi pelbagai anugerah daripada pelbagai institusi penyelidikan dan pertubuhan kerjasama kerajaan dalam bidang ekonomi, politik, kebudayaan dan hak asasi manusia.

Pada 2008, beliau juga pernah tersenarai dalam Top 100 Intelektual Awam menerusi majalah Foreign Policy selain meraih Anugerah Integriti Nasional daripada Komuniti Perniagaan Antirasuah (Kupas) dan Dewan Perdagangan dan Industri Indonesia (Kadin).

Sebagai ahli akademik, Anies pernah berkhidmat sebagai Canselor Universiti Paramadina, Jakarta pada 2007-2015.

Beliau juga diberi tanggungjawab memegang jawatan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan pada 2014-2016 yang menyaksikan Anies mereka program penempatan guru berkualiti ke pelbagai wilayah selain menyesuaikan kurikulum pendidikan terkini.

Kemuncak kerjaya beliau dalam bidang politik apabila Anies memenangi pemilihan gabenor DKI Jakarta yang agak sengit dan berkhidmat untuk tempoh 2017-2022.

Anies mengahwini rakan sekuliahnya di Northern Illinois University, Fery Farhati Ganis dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata. - Agensi

Klik di sini untuk terus membaca