SHAH ALAM - Cadangan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar perlu dilihat dari sudut positif dan diperincikan secara lebih mendalam. Menurut Pengurusan Tertinggi Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara) Malaysia, MRSM kini... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Cadangan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar perlu dilihat dari sudut positif dan diperincikan secara lebih mendalam.

Menurut Pengurusan Tertinggi Persatuan Bekas Pelajar MRSM (Ansara) Malaysia, MRSM kini merupakan antara jenama besar yang menjadi tumpuan seluruh masyarakat untuk membangunkan dan merangka hala tuju sektor pendidikan negara terutama melibatkan bumiputera.

Justeru menurutnya, segala cadangan untuk mengubah dasar institusi itu harus dikaji, diperhalusi dan dirancang dengan teliti bagi memenuhi aspirasi dan tujuan sebenar agenda pendidikan bumiputera, terutama dalam mendepani era yang semakin mencabar dan dinamik.

"Ansara Malaysia sentiasa bersedia untuk menghulurkan pandangan dan idea malah penglibatan secara langsung.

"Oleh itu, cadangan berkenaan harus dilihat dengan cara yang positif dan diperincikan dengan mendalam serta mengambil pandangan dari pelbagai sudut untuk kemaslahatan semua,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) diminta memperhalusi cadangan untuk menubuhkan MRSM berbayar bagi golongan berada.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana wujud permintaan oleh ibu bapa daripada golongan berkenaan yang berhasrat untuk menghantar anak mereka menyambung pelajaran ke institusi itu.

Dalam pada itu, Ansara Malaysia turut memaklumkan, MRSM baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Ujarnya, pelbagai transformasi telah dilaksanakan seperti Program Khas Pendidikan, MRSM Mini dan kini terdapat pelbagai aliran baharu yang ditawarkan termasuk MRSM Premier, peperiksaan Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah (IGCSE), Ulul Albab, Program Pertengahan Tahun Pendidikan Baccalaureate Antarabangsa (IB (MYPIB) dan teknikal.

Klik di sini untuk terus membaca