SUATU masa dahulu, basikal merupakan barang mewah dan alat pengangkutan orang dewasa pergi bekerja. Sebelum basikal menjadi bentuk dua roda yang kita nampak hari ini, sejarahnya bermula pada tahun 1418 apabila Giobanni Fontana membina... Klik di sini untuk terus membaca

SUATU masa dahulu, basikal merupakan barang mewah dan alat pengangkutan orang dewasa pergi bekerja.

Sebelum basikal menjadi bentuk dua roda yang kita nampak hari ini, sejarahnya bermula pada tahun 1418 apabila Giobanni Fontana membina sebuah kenderaan yang mempunyai empat roda dan disambung dengan tali.

Basikal menjadi alat pengangkutan utama pada lewat 1890-an dan orang sedunia, termasuk Czar di Rusia dan Amir Kabul yang belajar berbasikal. Daripada harga USD150 pada tahun 1860-an, harga sebuah basikal turun kepada USD75 pada pertengahan tahun 1890.

Ini merupakan satu contoh revolusi teknologi cara pengangkutan mengambil masa 500 tahun sebelum harga menjadi berpatutan dan mampu dimiliki ramai.

Untuk versi basikal yang dicipta pada tahun 1500-an, peniaga tidak terfikir untuk menjualnya secara komersial kerana masih tidak efisien sebagai sebuah alat pengangkutan.

Versi yang menyerupai basikal hari ini dicipta oleh Kirkpatrick Macmillan pada tahun 1839.

Ini merupakan titik permulaan kepada evolusi basikal selepas penyelidikan dibiayai pelabur dan teknologinya berkembang secara mendadak.

Dengan menggunakan logik yang sama terhadap teknologi hijau bagi menangani perubahan iklim, pelaburannya kini terhad kerana teknologi belum matang dan mungkin perlu memakan masa 500 tahun seperti sejarah basikal.

Persoalannya, adakah bumi mempunyai masa 500 tahun untuk menunggu?

Kenyataan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyeru pihak swasta untuk bekerjasama dengan kerajaan menangani isu perubahan iklim adalah betul, malah usahanya perlu digandakan.

Terdapat pihak yang berkata teknologi hijau terlalu mahal dan belum matang, tetapi satu penyelidikan sains yang diterbitkan jurnal Joule pada tahun lepas menerangkan bahawa semakin cepat peralihan kepada teknologi hijau, semakin pendek jangka masa untuk mencapai kos teknologi hijau yang lebih rendah.

Jurnal yang bertajuk ‘Ramalan Teknologi dan Peralihan Tenaga Berasaskan Kajian Empirikal’ menyebut: "Penggantian teknologi bahan api oleh teknologi hijau yang murah secara pesat, khususnya dalam industri tenaga dan pengangkutan akan menyebabkan kos sistem tenaga tahunan pada tahun 2050 lebih murah USD514 billion dalam senario peralihan teknologi yang pantas.”

Tambahan, jurnal tersebut turut menyatakan bahawa pengagihan kos untuk peralihan yang pantas (penggantian bahan api dengan teknologi hijau secara 100 peratus) akan lebih luas dan tinggi.

Analogi ini sama seperti kata orang-orang tua yang menyuruh belajar menerusi amalan untuk mencapai tahap kemahiran tinggi secepat mungkin.

Teknologi hijau yang dirujuk penulis-penulis dari University of Oxford dan Santa Fe Institute dalam jurnal tersebut adalah tenaga solar, angin, simpanan bateri dan elektrolisis P2X (Power to X iaitu X adalah bahan api sintetik).

Mereka mendapati kos fotovoltaic solar, turbin angin dan bateri yang menyimpan elektrik yang dijanakan melalui solar dan angin telah menurun dengan kadar 10 peratus setiap tahun selama beberapa dekad ini.

Sebaliknya, kos bahan api tidak berkurangan dengan kadar sama kerana teknologi bahan api sudah matang dan sumber itu semakin sukar didapati.

Berdasarkan jurnal ini dan kitaran ekonomi, boleh disimpulkan bahawa peningkatan pengeluaran akan mengurangkan kos. Kos yang rendah akan menambah keperluan dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.

Justeru, konsep yang sama perlu kita amalkan terhadap perubahan iklim.

Kopitiam ini berharap agar rang undang-undang perubahan iklim yang sedang diteliti kerajaan akan mendorong dan meningkatkan pengeluaran teknologi hijau dengan lebih pesat, untuk memperoleh penjimatan yang lebih besar pada masa hadapan dan kesejahteraan bumi ini.

* Christine Cheah ialah seorang pemudi yang ingin mengangkat martabat wanita dalam kalangan masyarakat

Klik di sini untuk terus membaca