KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri tetap meneruskan usaha merawat dan memelihara kucing jalanan walaupun harga makanan untuk ‘si bulus’ semakin meningkat. Nursafwanah Safirah Shamsafri, 31, berkata, kenaikan harga barangan... Klik di sini untuk terus membaca

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri tetap meneruskan usaha merawat dan memelihara kucing jalanan walaupun harga makanan untuk ‘si bulus’ semakin meningkat.

Nursafwanah Safirah Shamsafri, 31, berkata, kenaikan harga barangan menyebabkan keseluruhan kos yang perlu dibelanjakan untuk memelihara kira-kira 40 ekor kucingnya kini mencecah RM2,500 sebulan berbanding sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebelum ini.

Menurutnya, ia meliputi kos makanan, pasir, ubat-ubatan dan makanan tambahan atau vitamin.

"Sebelum ini saya guna jenama Mito untuk makanan kering dengan harga RM109 untuk 15 kilogram (kg). Sekarang harganya naik RM140 untuk kuantiti sama. Jadi saya tukar kepada jenama Belief (RM160 untuk 18kg). Secara keseluruhan, perlu 50kg dalam sebulan.

"Kos untuk makanan basah pula RM11 untuk tiga tin. Biasanya saya guna dua tin untuk sehari iaitu kira-kira 15 tin dalam seminggu,” katanya.

Antara kucing jalanan yang ditemui dan diberikan makanan oleh Nursafwanah Safirah dan suami, Ahmad Shauqi.
Antara kucing jalanan yang ditemui dan diberikan makanan oleh Nursafwanah Safirah dan suami, Ahmad Shauqi.
Antara kucing jalanan yang ditemui dan diberikan makanan oleh Nursafwanah Safirah dan suami, Ahmad Shauqi.

Nursafwanah Safirah berkata, dia dan suami, Ahmad Shauqi Talib, 38, mula menumpukan aktiviti memelihara kucing jalanan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

"Waktu itu dekat 20 ekor juga kami ambil bawa balik ke rumah untuk dipelihara termasuk kucing yang sakit.

"Kami sediakan satu bilik khas menempatkan kucing sihat dan divaksin.

"Kalau kucing yang baru diselamatkan, kami asingkan di ruang tamu dan kawasan ruangan di rumah,” katanya yang tinggal di Kampung Batu Enam di sini.

Nursafwanah Safirah sentiasa mengemaskini perkembangan terbaru aktiviti menyelamatkan kucing jalanan melalui laman Facebooknya, Wanda Alwani dan TikTok @wandaalwani8196.

Klik di sini untuk terus membaca