SHAH ALAM - Seorang penjawat awam terkejut apabila menerima sepucuk surat yang memaklumkan gajinya diturunkan daripada RM2,700 kepada RM2,400. Menurut Razali (bukan nama sebenar), 30, dia menerima surat pelarasan gaji pada tahun 2021 yang... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Seorang penjawat awam terkejut apabila menerima sepucuk surat yang memaklumkan gajinya diturunkan daripada RM2,700 kepada RM2,400.

Menurut Razali (bukan nama sebenar), 30, dia menerima surat pelarasan gaji pada tahun 2021 yang memaklumkan graduan daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam bidang kejuruteraan marin telah dikategorikan bukan bidang teknikal, sebaliknya sama dengan kelayakan dengan jurusan pengurusan.

"Pada awal kami ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM2,700 untuk gred 41 tetapi setelah menerima surat pelarasan gaji yang menyatakan bidang kami bukan dalam kategori teknikal maka kami ditawarkan gaji sebanyak RM2,400.

"Tetapi ini berbeza pula graduan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mempunyai kelayakan sama tetapi mereka menerima gaji dan kelayakan mereka turut diterima dalam bidang kejuruteraan tersebut.

"Sedangkan kami diberi sama taraf dengan kelayakan graduan daripada pengurusan maritim selain menerima gaji tidak setaraf dengan kelayakan yang sebenar dalam bidang kejuruteraan,” katanya kepada Sinar Harian.

Lebih mengejutkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul adalah sama seperti mereka yang tergolong dalam bidang teknikal.

Sehubungan itu, Razali berkata, pihaknya kini menunggu maklum balas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung perkara tersebut memandangkan ia melibatkan isu gaji tidak setaraf walaupun kelayakan sama.

Klik di sini untuk terus membaca