TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan, Yoav Gallant pada Ahad kerana dilihat menyebelahi penunjuk perasaan yang mahu rombakan badan kehakiman dihentikan. Ketika mengumumkan pemecatan Gallant,... Klik di sini untuk terus membaca

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan, Yoav Gallant pada Ahad kerana dilihat menyebelahi penunjuk perasaan yang mahu rombakan badan kehakiman dihentikan.

Ketika mengumumkan pemecatan Gallant, pejabat Netanyahu tidak menamakan pengganti atau memberikan sebarang butiran lain.

Serentak itu, Netanyahu bertindak balas mengatakan beliau bersedia meratifikasi bahagian tengah pakej baik pulih, rang undang-undang (RUU) yang akan mengetatkan kawalan politik ke atas pelantikan kehakiman, memberikan kebebasan lebih luas kepada eksekutif untuk menamakan hakim kepada Mahkamah Agung.

Gallant dipecat sehari selepas beliau menggesa agar rancangan kontroversi Netanyahu dibekukan atas faktor keselamatan.

Menurut Gallant, cadangan tersebut telah menyebabkan perpecahan warga Israel dan merosakkan moral tentera.

Sekutu rapat Netanhayu dalam Parti Likud itu mahu rang undang-undang (RUU) untuk meluluskan rombakan tersebut ditangguh selama sebulan selain menggesa dialog dengan pembangkang.

Kenyataan Gallant tidak disenangi Netanyahu, namun mendapat pujian ketua pembangkang, Yair Lapid yang menyifatkan ia sebagai tindakan berani dan bermaruah.

Malah, sekurang-kurangnya tiga anggota Parti Likud secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Gallant menerusi ciapan di Twitter dan mereka akan menyokong menghentikan undang-undang jika Netanyahu memutuskan untuk berbuat demikian.

"Netanyahu adalah ancaman kepada keselamatan negara Israel," ujar Lapid.

Gallant (kiri) menjadi menteri Likud pertama yang menyatakan secara terbuka untuk tidak menyokong baik pulih dan reformasi badan kehakiman Israel dicadangkan Netanyahu.
Gallant (kiri) menjadi menteri Likud pertama yang menyatakan secara terbuka untuk tidak menyokong baik pulih dan reformasi badan kehakiman Israel dicadangkan Netanyahu.
Gallant (kiri) menjadi menteri Likud pertama yang menyatakan secara terbuka untuk tidak menyokong baik pulih dan reformasi badan kehakiman Israel dicadangkan Netanyahu.

Susulan pemecatan mengejut Gallant, penunjuk perasaan berhimpun serta menyalakan unggun api dan menghalang laluan utama di Bersyeba, Haifa dan Baitulmaqdis.

Difahamkan, pemimpin perniagaan, pakar undang-undang dan pemimpin tentera yang bersara akan sertai tunjuk perasaan, manakala tentera simpanan Israel mengancam untuk berhenti melaporkan diri bertugas jika rombakan diteruskan.

Protes besar-besaran di Tel Aviv sudah memasuki minggu ke-12 yang menyaksikan semakin ramai warga Israel menentang rancangan Netanyahu untuk merombak badan kehakiman Israel, sekali gus melemahkan Mahkamah Agung negara itu dengan meletakkan lebih kuasa di tangan Parlimen.

Rancangan itu dicadangkan pada Januari lalu, beberapa minggu selepas gabungan ultranasionalis Netanyahu, kerajaan Israel paling kanan dalam sejarah negara itu dilantik.

Penunjuk perasaan mendakwa perubahan itu dilihat sebagai mencabul demokrasi dan langkah memperalatkan mahkamah untuk kepentingan peribadi Netanyahu yang kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah, penipuan, dan pecah amanah. - AFP INFO - Netanyahu dan rakan gabungannya, kumpulan parti ultra-Ortodoks Yahudi dan parti nasionalis menegaskan bahawa reformasi badan kehakiman itu diperlukan untuk mengekang kuasa hakim yang tidak dipilih.

- Undang-undang yang akan diratifikasi dalam tempoh dua minggu itu mengubah kaedah pemilihan hakim, namun pengkritik menuduh Netanyahu yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah, menyimpan dendam peribadi terhadap sistem keadilan, cuba mengawal kebebasan mahkamah dan mendorong negara ke arah autokrasi.

- Banyak pihak menyifatkan reformasi itu akan menghakis sistem semak dan imbang negara dan menumpukan kuasa di tangan Perdana Menteri.

- Malah, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden turut menyatakan kebimbangan mengenai reformasi itu dan mata wang Israel, shekel, juga jatuh nilainya kerana kehilangan pelaburan.

- Netanyahu sudah lama dikritik sebagai hilang sentuhan dengan rakyat biasa Israel dan hidup mewah menggunakan wang cukai rakyat, yang mana Jawatankuasa Kabinet minggu lalu meluluskan dana tambahan bagi keluarganya.

Klik di sini untuk terus membaca