SHAH ALAM - Perhimpunan Proklamasi Melayu yang dihalang penganjurannya baru-baru ini adalah program perjumpaan tertutup melibatkan kira-kira 350 jemputan termasuk ahli pelbagai parti politik, tokoh akademik dan orang awam. Bekas Ketua... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perhimpunan Proklamasi Melayu yang dihalang penganjurannya baru-baru ini adalah program perjumpaan tertutup melibatkan kira-kira 350 jemputan termasuk ahli pelbagai parti politik, tokoh akademik dan orang awam.

Bekas Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, perhimpunan itu bertujuan untuk berbincang dan mengkaji masalah dihadapi oleh orang Melayu ketika ini di samping mencari solusi bagi memastikan Melayu menjadi maju seperti kaum lain serta kekal relevan di tanah air sendiri.

Jadi kata Khairuddin, adalah tidak wajar melabel perhimpunan Proklamasi Melayu sebagai usaha atau gerakan terbaharu diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dr Mahathir mahu mewujudkan orang Melayu yang maju dan progresif serta menghormati hak kaum lain. Beliau juga menegaskan orang Melayu tidak boleh cemburu dengan kemajuan yang dicapai kaum lain menerusi kerja keras.

"Jadi kita terbuka jika ada orang Melayu dari parti lain seperti ahli UMNO, Pas, Parti Amanah Negara (Amanah) atau PKR mahu menghadiri program ini,” katanya kepada Sinar Premium.

Khairuddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Dr Mahathir sedang menggerakkan usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Tambun itu susulan kejayaan menganjurkan Kongres Maruah Melayu 2019 yang membawa kepada kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, apa yang dilakukan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu tidak lebih daripada memberi teguran membina kepada kerajaan pimpinan Anwar.

"Dr Mahathir juga melahirkan rasa pelik kenapa Anwar dan pemimpin kerajaan lain masih berasa takut dengan dirinya yang sudah berusia lanjut (97 tahun). Kenapa Anwar dan pemimpin kerajaan masa kini membuat pelbagai tohmahan kononnya Dr Mahathir mahu menjatuhkan kerajaan dan sebagainya.

"Berapa kerusi yang beliau ada? Jawapannya kosong. Pada usianya yang begitu, beliau hanya meletakkan kepentingan negara dan rakyat melebihi kepentingan politik,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca