AWAL bulan puasa ini kecohlah cerita pasal lawatan Tuk Seri Anwar ke Arab Saudi. Maka banyaklah yang kata lawatan itu sia-sia.
Ada yang kata Anwar dimalukan. Ada yang kata lawatan itu tak patut dibuat langsung.
Ada juga teori yang kata pemimpin utama Arab Saudi sengaja tak mahu berjumpa dengan Anwar.
Atau mungkin juga pihak Arab Saudi nak hantar mesej tertentu kepada Anwar.
Mesin propaganda Perikatan Nasional (PN) pun masuk gear empatlah nak buktikan ini kegagalan besar Anwar.
Mereka pun bandingkan lawatan Anwar dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dulu yang bukan sahaja dapat sambutan permaidani merah, dapat berjumpa Putera Mahkota Mohamad Salman, tetapi juga dapat penghormatan masuk Kaabah.
Khabarnya pembangkang akan kemukakan usul di Parlimen tentang ‘kegagalan’ lawatan itu.
Bukanlah niat Awang nak campur tangan dalam hal ini atau nak menyebelah mana-mana pihak. Pejabat Anwar pun silap juga. Begitu juga Kementerian Luar yang uruskan lawatan itu.
Nampaknya Wisma Putra tak belajar daripada kesilapan lawatan mantan PM, Tuk Seri Ismail Sabri ke UAE dulu.
Bagi Awang hal ini soal besar yang babitkan maruah negara dan hubungan kita dengan Arab Saudi.
Klik di sini untuk terus membaca