SEMAKIN menjadi-jadi nampaknya pelantikan orang politik dalam agensi kerajaan.
Terbaharu, mantan Ketua Pemuda UMNO yang sekarang Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Tuk Noraini Ahmad pula dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Asyraf Wajdi tiga kali bertanding dalam pilihan raya umum dan tewas, sementara Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO adalah Ahli Parlimen Parit Sulong.
Alasan yang diberikan oleh Tuk Seri Zahid Hamidi yang melantiknya adalah "maka rugilah kalau tak gunakan pengalamannya (Asyraf Wajdi) bersama-sama dengan saya membangunkan Mara.”
Kata Zahid lagi pelantikan itu berdasarkan "garis panduan oleh kabinet dan nasihat Perdana Menteri.”
Apakah kabinet ada garis panduan baharu dan apakah pelantikan itu atas nasihat PM?
Awang putarlah semula rekod ucapan PM di pentas ceramah dan beberapa kenyataannya selepas menang.
Seingat Awang, PM tak pula kata janji-janji pilihan rayanya hanya janji.
Awang bukanlah nak persoal kemampuan Asyraf Wajdi atau Noraini. Mungkin mereka terlebih layak.
Tapi PM pun kenalah fikirkan implikasi daripada tindakan menterinya membuat pelantikan sedemikian. Memang sedaplah pembangkang guna isu cakap tak serupa bikin.
Bagi rakyat pula tentu bertanya, bukan sahaja banyak janji tak terlaksana tapi satu demi satu nampaknya janji pilihan raya dimungkiri.
Klik di sini untuk terus membaca