SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menolak dakwaan rakan Exco Kerajaan Negeri Melaka bahawa seorang Ketua Menteri baharu 'pintu belakang' bakal dilantik susulan peletakan jawatan Ketua Menteri, Datuk Seri... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menolak dakwaan rakan Exco Kerajaan Negeri Melaka bahawa seorang Ketua Menteri baharu 'pintu belakang' bakal dilantik susulan peletakan jawatan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali pada Rabu.

Dr Muhamad Akmal yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka sebaliknya mengingatkan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis bahawa beliau juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti beberapa kali dan tidak layak bercakap soal 'pintu belakang'.

Jelasnya, Muhammad Jailani tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan rambang mengenai teka-teki peletakan jawatan Sulaiman, sebaliknya perlu bertanya sendiri perkara itu kepada ADUN Lendu di atas punca peletakan jawatan dibuat.

Selain itu, Muhamad Akmal turut menegaskan keputusan pelantikan Ketua Menteri baharu bukan usaha rampasan kuasa memandangkan Sulaiman meletakkan jawatan tanpa memaklumkan sebarang alasan.

MUHAMMAD JAILANI
MUHAMMAD JAILANI
MUHAMMAD JAILANI

"Kenyataan dia (Muhammad Jailani) adalah merupakan kenyataan individu yang tidak mewakili barisan Exco Kerajaan Negeri lain.

"Beliau sepatutnya kena tanya Sulaiman, kenapa letak jawatan Ketua Menteri pada saat semua barisan Exco tiada masalah dengan pentadbiran Sulaiman?

"Kalau hendak tuduh ini gerakan tebuk atap, Jailani dahulu pun lompat parti. Mungkin itu sekadar kenyataan peribadi beliau, tetapi saya tidak bersetuju," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Sulaiman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Pengesahan itu sekali gus menamatkan desas-desus isu pertukaran Ketua Menteri Melaka yang berlarutan sejak tahun lalu, susulan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh didakwa pernah melobi pimpinan tertinggi parti untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan Ab Rauf (dua kanan) adalah nama disebut-sebut bakal menggantikan Sulaiman (dua kiri) sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu pada Jumaat.
Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan Ab Rauf (dua kanan) adalah nama disebut-sebut bakal menggantikan Sulaiman (dua kiri) sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu pada Jumaat.
Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan Ab Rauf (dua kanan) adalah nama disebut-sebut bakal menggantikan Sulaiman (dua kiri) sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu pada Jumaat.

Ab Rauf kemudian menafikan cakap-cakap berhubung pergolakan dalam kerajaan negeri yang baharu ditubuhkan dengan berkata, Sulaiman mendapat sokongan semua ketua UMNO bahagian.

Ab Rauf turut dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri.

Disember lalu, Sulaiman menafikan spekulasi akan melepaskan jawatannya pada bulan berikutnya.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal turut menggesa mana-mana pihak supaya tidak membuat spekulasi siapa bakal dilantik Ketua Menteri Melaka, memandangkan itu keputusan prerogatif parti yang telah mempersembahkan nama kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

"Sama ada bersetuju atau tidak, semua pihak kena akur dengan nama diputuskan dan bakal diperkenankan Tuan Yang Terutama (TYT) pada jam 3 petang esok (Jumaat).

"Siapa pun calon Ketua Menteri baharu, kita tunggu sahaja dan saya sekali lagi ingin menegaskan ini bukan rampasan kuasa," jelas beliau.

RAIS
RAIS

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin melihat Ab Rauf sebagai figura politik parti yang amat sesuai untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri negeri baharu.

Hal ini kerana beliau berpandangan Ab Rauf sentiasa menunjukkan sifat seorang ketua yang setia bersama parti sama ada waktu susah atau senang.

"Selaku orang parti, sudah pasti kita serahkan keputusan pelantikan Ketua Menteri baharu kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat pilihan.

"Cuma saya nampak Ab Yusof figura amat sesuai untuk mengambil alih jawatan itu kerana beliau memang seorang 'partyman' sewaktu UMNO berada dalam keadaan senang dan susah.

"Soal agihan jawatan Exco kepada rakan-rakan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan termasuk PH, kita belum berbincang lagi ke arah itu dan terpulang kepada Ketua Menteri baharu untuk menentukan kuotanya," ujar Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka itu.

Klik di sini untuk terus membaca