LEBIH 1 juta rakyat Perancis menyertai protes pada Khamis lepas kerana menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 tahun kepada 64 tahun dan pencen minimum dikurangkan.... Klik di sini untuk terus membaca

LEBIH 1 juta rakyat Perancis menyertai protes pada Khamis lepas kerana menolak cadangan rang undang-undang pembaharuan pencen kerajaan yang akan menaikkan umur persaraan daripada 62 tahun kepada 64 tahun dan pencen minimum dikurangkan.

Pelan itu turut menetapkan pada 2027, pekerja perlu berkhidmat selama 43 tahun sebelum layak mendapat pencen penuh.

Bagaimanapun, kesatuan terbesar Perancis, Konfederasi Buruh Am (CGT) memaklumkan bahawa kira-kira 3.5 juta orang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi di seluruh negara itu.

Protes besar-besaran itu tercetus di negara tersebut sejak Perdana Menteri Perancis, Elisabeth Borne minggu lalu mengumumkan perlembagaan yang membenarkan kerajaan meluluskan rang undang-undang reformasi pencen.

Cadangan itu adalah sebahagian pakej pembaharuan utama didorong Presiden Perancis, Emmanuel Macron, bagi memastikan pembiayaan masa depan sistem pencen Perancis.

Bagaimanapun, ia mencetuskan bantahan dan mogok besar-besaran dan menyebabkan negara tersebut hampir lumpuh.

Jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menyebabkan berlakunya undi tidak percaya terhadap kerajaan atau desakan untuk mengadakan pilihan raya semula.

Sementara di Malaysia, pencen juga merupakan suatu perkara yang amat sensitif untuk dibincangkan atau disentuh oleh sesiapa pun.

Walaupun ada sesetengah pihak sejak beberapa tahun lalu membangkitkan tentang keperluan untuk Malaysia mengambil langkah untuk melakukan pembaharuan pencen yang sudah mencecah RM40 bilion.

Perkara itu dibangkitkan kerana sistem pencen di negara ini tidak mampan, termasuk jumlah penjawat awam yang besar dan usia rakyat di negara ini yang panjang.

Ini adalah dilema yang cukup besar bagi mana-mana kerajaan yang mentadbir negara dan ia sangat tidak populis serta bakal berdepan dengan bantahan mega sama seperti yang berlaku di Perancis.

Ia ada satu cadangan yang baik kerana dapat mengatasi masalah kekurangan doktor pada ketika ini termasuk tuntutan daripada sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak yang mahu masa depan dan nasib pegawai perubatan itu terpelihara.

Lagipun, tidak ada sebarang masalah pun untuk melaksanakan cadangan itu kerana ada agensi-agensi kerajaan yang telah menawarkan skim caruman KWSP kepada kakitangan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menentang keras cadangan itu kerana bimbang ia akan memberikan kesan kepada penjawat awam pada masa depan dan bertentangan dengan Akta Pencen.

Nampaknya, Dr Zaliha bakal berdepan dengan cabaran yang sangat besar dan dalam keadaan tersepit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Antara mahu memastikan sektor kesihatan awam negara berada dalam keadaan terbaik termasuk berhadapan dengan peringatan keras daripada Ceupacs.

Mungkin Dr Zaliha perlu berjumpa dengan pihak kesatuan bagi merungkai terlebih dahulu masalah yang timbul dengan pihak kesatuan terbesar perkhidmatan awam itu.

Bagi rakyat, apa yang penting ialah sektor kesihatan awam adalah sangat penting dan perlu diberikan perhatian.

Jadi ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung pula tidak berselerak.

* Junhairi Alyasa ialah Pengarang Berita Sinar Harian

Klik di sini untuk terus membaca