APA yang berlaku di Melaka memang peningkan rakyat. Tak ada ribut dan taufan pada peringkat nasional, tiba-tiba Ketua Menteri (KM) akan bertukar. Mungkin juga ada gelora dalam UMNO Melaka yang banyak orang tak tahu. Tapi jelaslah bahawa ini... Klik di sini untuk terus membaca

APA yang berlaku di Melaka memang peningkan rakyat.

Tak ada ribut dan taufan pada peringkat nasional, tiba-tiba Ketua Menteri (KM) akan bertukar.

Mungkin juga ada gelora dalam UMNO Melaka yang banyak orang tak tahu.

Tapi jelaslah bahawa ini hal tentang kuasa. Ada elemen budaya warlordisme dalam politik kita.

Sejak hari pertama Tuk Seri Sulaiman Ali angkat sumpah sebagai KM pada 9 Mac 2020, kita dah dengar macam-macam cerita.

Ada yang kata Sulaiman hanya KM pada nama. Ada yang kata gerakan nak jatuhkannya, buatkan Melaka terus tak stabil dari segi politik.

Khabarnya kedudukannya macam telur di hujung tanduk.

Awang pun rasa pelik apabila Sulaiman kata, dia lepaskan jawatan 'kerana desakan hati'.

Dia kata tak ada tekanan untuk dia undurkan diri. Ada pula yang kata dia 'sakit'.

Perebutan politik tak untungkan rakyat melainkan orang politik sendiri.

Apakah muslihat pertukaran itu, hanya orang politik yang tahu. Mungkin ada tangan-tangan ghaib yang bertanggungjawab

Awang hairan di manakah Tuk Seri PM kita dalam semua ini.

Apakah ini keputusan bersendirian sebuah parti komponen Kerajaan Madani yang beliau pimpin?

Apakah beliau sekadar pemerhati dan tak boleh buat apa-apa?

Klik di sini untuk terus membaca